Inovasi baharu Kopiko Creamy Latte, tawar tekstur berkrim dan aroma memikat
Jenama yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, KOPIKO kini memperkenalkan satu lagi inovasi terbaharunya, Kopiko Creamy Latte, minuman kopi yang menawarkan tekstur berkrim dan halus dengan aroma yang memikat, sesuai dengan slogannya, Kopi Creamy Sedap Wangi selepas kejayaan pelancaran Kopiko Macchiato.
Menurut satu kenyataan, Pengurus Jenama Kanan Kopiko Yosianto Cahyadi Marwita berkata, ramai memilih untuk mencari secawan kopi berkrim sempurna untuk menyegarkan dan memberi tenaga di hari yang sibuk.
Inovasi baharu Kopiko Creamy Latte
“Saban hari, budaya kopi ini kian menjadi pelengkap dalam gaya hidup rakyat Malaysia. Malah,para pencinta kopi kini semakin teliti dalam citarasa mereka.
“Di Kopiko, kami memahami permintaan pengguna yang semakin berubah ini, justeru terciptalah Kopiko Creamy Latte.
“Ia memberikan pengalaman kopi yang berkrim dan halus, menawarkan detik-detik ketenangan untuk rakyat Malaysia walau buat seketika, tanpa mengganggu jadual harian mereka yang padat,” katanya.
Beliau berkata, pelancaran itu merupakan sebahagian daripada kempen terbaharu KOPIKO, ‘Inilah Latte Betul’, dimana Kopiko Creamy Latte menjanjikan eksplorasi deria yang memuaskan, memberikan kehalusan yang menyegarkan dengan setiap hirupan.
“Sebagai sebuah jenama yang mempunyai warisan yang kukuh, kepakaran dan komitmen dalam kecemerlangan kopi, kami berdedikasi untuk memberikan pengalaman kopi luar biasa yang bukan sahaja melengkapi gaya hidup pengguna kami, tetapi juga mengujakan dan menggembirakan pencinta kopi di mana jua,” ujarnya.
Kopiko anjur roadshow di seluruh Semenanjung dan Malaysia Timur
Secawan Kopiko Creamy Latte diberikan secara percuma bagi membolehkan penggemarnya merasai sendiri kopi berkrim yang lazat dari Kopiko Creamy Latte pada 12 hingga 13 Jun lalu.
Selain itu, tawaran promosi istimewa KOPIKO di mana pengguna boleh membeli Kopiko Creamy Latte pada harga RM10 sahaja, iaitu diskaun sebanyak 30 peratus daripada harga biasa serta berpeluang membeli dua paket pada harga diskaun RM20 selain menerima kotak Choki Stix percuma bernilai RM12.
Artikel lain: Datuk Red untung RM30,000 jual kopi, guna semua duit selesai hutang
Kempen roadshow di pasar raya seluruh negara
Pengguna boleh mencuba Kopiko Creamy Latte secara percuma dan merebut pelbagai promosi menarik sehingga 8 Julai. Salah satunya akan diadakan di Hero Market di Bandar Puteri Puchong, Puchong.
Beli secara dalam talian
Selain boleh didapati di semua pasar raya besar dan pasar raya utama, Kopiko Creamy Latte kini juga boleh dibeli dengan mudah melalui Mayora Malaysia Official Store di Shopee dan Lazada.
Untuk maklumat terkini dan berita tentang aktiviti serta promosi daripada Kopiko, ikuti Facebook dan Instagram Kopiko (Kopiko Malaysia).
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source