Jamal Abdillah cipta ‘sejarah’ lagi! Bakal timang anak ketujuh
Penyanyi senior, Datuk Jamal Abdillah kongsi berita gembira apabila bakal timang anak ketujuh selepas isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin sedang hamil dua bulan.
Menurut laporan Harian Metro, Jamal luah rasa syukur dengan rezeki anak yang dikurniakan Allah walaupun usianya sudah mencecah 65 tahun.
Bakal timang anak ketujuh
Artikel lain: Isteri dinasihati doktor ‘tutup kilang’, Jamal Abdillah akui cukup empat anak
“Seronok tengok anak-anak. Macam-macam perangai.
“Memang ada pembantu di rumah jaga anak-anak. Dari masa ke semasa saya ambil pengasuh mengikut hari dan jam.
“Tugas mereka berbeza sedikit, mengajar, bermain serta merancang aktiviti anak-anak ini. Azura dan Issac dah sekolah, jadi senanglah sikit,” katanya.
Bagaimanapun, pelantun lagu Gadis Melayu itu mendedahkan isterinya kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) disebabkan alahan hamil yang teruk dan muntah-muntah.
Bakal timang anak ketujuh
“Kepada sahabat sahabat yang isteri alahan mengandung, hati-hati kalau lebih seminggu muntah dan tak makan.
“Kalau diberi ubat tahan muntah, boleh menyebabkan serangan jantung. Sekarang di IJN, doakan kesembuhan untuk isteri saya.
“Sebelum ini dia sudah dimasukkan ke hospital selama empat hari. Hari pertama dia alahan lepas mengandung, dia tak makan, tak minum dan air tak boleh masuk.
“Jadi, dia ditahan di wad selama empat hari dan dibenarkan balik. Tapi balik rumah pun keadaannya sama juga, saya risau dan dia masuk hospital semula empat hari,” katanya.
Jelas Jamal lagi, kesan daripada alahan teruk itu menyebabkan isterinya terkena tiroid dan mengalami sakit tekak.
Pun begitu, dia luah rasa lega apabila melihat perkembangan kesihatan isterinya dari semasa ke semasa dan syukur kandungan dalam keadaan sihat.
“Kemudian doktor bagi ubat tahan muntah dan tiroid. Kedua-dua ubat ini kita tak tahu yang mana satu yang buatkan otot-otot dia jadi kejang dan tekak dia kejang
“Tapi nampak hari ini alhamdulillah, dia okey. Kandungan memang sihat. Sekarang memang dia di IJN. Semalam dimasukkan ke salah sebuah pusat perubatan di sini.
“Bila jadi begini, mereka pindahkan isteri ke pakar jantung dan itu yang dihantar ke IJN. Kami sedang tunggu keputusan daripada pakar jantung tapi nampak ada perbezaan dari hari itu,” katanya.
Sekadar info, Jamal dan Zai Izzati memperoleh lima anak termasuklah yang terbaru dijangka akan dilahirkan pada awal tahun depan.
Perkahwinan sebelum ini, Jamal memiliki dua orang anak lelaki iaitu Osama Yamani, 21, dan Ahmad Zaki Yamani, 17.
Sumber: Harian Metro (Ridzuan Abdul Rahman)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source