Menang saman fitnah, Aliff Syukri nak saman balik bekas PA lebih setengah juta
Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri nak saman balik bekas PA susulan memenangi saman fitnah yang difailkan isterinya, Datin Seri Nur Shahida terhadap Melati Abdul Ghani.
Ingat saya sudah menang!
Menerusi hantaran di Insta Story Aliff Syukri atau nama sebenarnya, Aliff Syukri Kamarzaman, 36, dia memaklumkan akan menfailkan saman baharu terhadap bekas pembantu peribadinya serta beberapa pihak lain yang cuba menjatuhkannya beberapa tahun kebelakangan ini.
Alhamdulillah rezeki berpihak kepada saya. Bukan seorang, bukan dua orang tetapi ramai pihak cuba nak kenakan saya
“Konon nak saman saya tetapi berbalik kepada muka mereka semula. Ingat saya sudah menang dan saya akan saman balik!” katanya.
Aliff Syukri nak saman balik bekas PA lebih RM500,000
Sedar kesan negatif yang diterima sepanjang tuntutan saman fitnah terbabit, pihak usahawan itu sedang dalam proses memulakan saman kepada bekas pekerjanya beserta wang ganti rugi melebihi RM500,000.
“Tunggu surat saman dari saya, bukan RM5,000 atau RM10,000 tetapi lebih setengah juta saya akan tuntut.
“Hakim maha adil serta bijaksana. Alhamdulillah kemenangan di pihak saya,” jelasnya.
Artikel lain: Aliff Syukri nasihat wajib angkat ‘call’ bos walaupun bukan waktu kerja
Aliff Syukri nak saman balik bekas PA, akan teruskan proses saman baru
Memetik laporan daripada Mstar, peguam yang mewakili Aliff Syukri serta isteri, Hasshahari Johari Mawi daripada tetuan Hasshahari & Partners menyatakan yang kes melibatkan anak guamnya akan bersambung pada Jumaat nanti.
Tindakan yang diambil bertujuan untuk memberi pengajaran kepada Melati supaya tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan yang boleh memburukkan orang lain serta memastikan dia mendapat hukuman yang setimpal.
“Kami akan teruskan tindakan penghinaan perintah mahkamah oleh Melati dan akan dipanggil semula untuk pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam ini secara fizikal pada Jumaat ini.
“Perintah ex parte untuk mengkomitkan Melati ke penjara sudah diberikan,” katanya.
Bekas PA sudah buat permohonan maaf secara terbuka
Untuk rekod, pada 29 Mei lalu, Melati atau Mell telah tampil membuat permohonan maaf secara terbuka di Instagram miliknya kepada Datin Nur Shahida susulan fitnah yang dilemparkan kira-kira lima tahun lalu.
Sumber: Instagram aliffsyukriterlajaklaris, Mstar (Amin Hazlan)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source