Netizen tak puas hati Selangor FC didenda, lawan JDT tanpa penyokong
Netizen tak puas hati Selangor FC didenda susulan tindakan menarik diri daripada aksi Piala Sumbangsih yang sepatutnya berlangsung 10 Mei lalu di Stadium Sultan Ibrahim.
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) hari ini memaklumkan kelab bola sepak Selangor itu berdepan dengan beberapa hukuman akibat tindakan mereka pada bulan lalu.
Selangor FC didenda, bayar pampasan ditanggung JDT
Menurut MFL, hukuman berkenaan diputuskan secara sebulat suara oleh Ahli Lembaga Pengarah yang hadir ke mesyuarat untuk membincangkan kes berkenaan.
Dalam kenyataan media yang diterbitkan, Selangor FC dikenakan hukuman denda sebanyak RM 100,000 dengan denda berkenaan akan diserahkan kepada badan kebajikan yang akan diputuskan kelak.
Selain itu, kelab berkenaan juga perlu membayar pampasan kerugian yang ditanggung Johor Darul Ta’zim (JDT) selaku tuan rumah dalam Perlawanan Sumbangsih dan juga kepada MFL.
“MFL akan mengumpul maklumat dan kos yang dikemukakan oleh JDT dan Sekretariat MFL sebelum diserahkan kepada Selangor FC untuk semakan dan perbincangan selanjutnya,” kata kenyataan itu lagi.
Artikel lain: TMJ sindir CEO Selangor FC -“Play victim, konon tak menang sebab dianiaya”
Tiga mata dipotong, beraksi tanpa penyokong
Dalam masa sama, Selangor FC juga berdepan hukuman pemotongan tiga mata dan perlu beraksi tanpa penyokong pada perlawanan menentang JDT di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada perlawanan ke-14 Liga Super.
“Selangor akan dikenakan pemotongan tiga (3) mata dalam pertandingan Liga Super 2024-2025. Perlawanan Liga Super (LS14) melibatkan Selangor FC menentang JDT di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya akan dimainkan tanpa penonton.
“Operasi perlawanan ini akan dilaksanakan dengan kerjasama antara MFL dan Selangor FC dengan syarat kemasukan wakil-wakil terpilih kedua-dua kelab yang akan diselaraskan untuk kehadiran pada hari perlawanan,” menurut kenyataan itu lagi.
Netizen tak puas hati Selangor FC didenda
Keputusan itu bagaimanapun telah membuatkan ramai tidak berpuas hati terutama tidak membenarkan penonton hadir menonton aksi perlawanan Selangor FC menentang JDT FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada perlawanan Liga Super (LS14).
Sumber: X HermyRahim
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source