Tiada belas ihsan! Sultan Selangor dukacita, murka dengan keputusan MFL
Sultan Selangor dukacita dan murka dengan keputusan MFL (Malaysian Football League) susulan keputusan denda yang dikenakan terhadap pasukan Selangor FC susulan penarikan diri daripada saingan Piala Sumbangsih Mei lalu.
Terkejut & kecewa dengan Dato’ Hamidin
Menerusi kenyataan yang dikongsi di media sosial selangorroyalofficial, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj menzahirkan rasa dukacita dengan keputusan ahli-ahli Malaysian Football League (MFL) serta ahli-ahli Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) khususnya Presiden FAM, Dato’ Hamidin Mohd Amin.
“Beta terkejut dan kecewa kerana Dato’ Hamidin langsung tidak serius bersuara padahal beliau sebelum ini merupakan bekas Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dari tahun 1995 hingga 2013 dan berpengalaman dalam arena bola sepak Selangor serta menerima darjah kebesaran Dato’ Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S.) daripada Beta,” titahnya.
Sultan Selangor dukacita dengan keputusan MFL yang dianggap zalim
Dalam pada itu, baginda juga amat murka dengan keputusan dibuat MFL dan dianggap berlebihan kerana apa yang berlaku terhadap salah seorang pemain Selangor adalah satu bentuk kezaliman.
“Beta amat murka dengan keputusan terbaharu MFL ini yang Beta anggap tidak bertanggungjawab, dibuat tanpa ihsan, tidak berperikemanusiaan, dan tidak mempamerkan keprihatinan terhadap kezaliman yang berlaku,”
Artikel lain: “Jangan sangka kita cukup popular di kalangan rakyat sehingga perlekeh sesiapa” – Sultan Selangor
Sultan Selangor dukacita dengan MFL, keputusan cemar kredibiliti bola sepak
Baginda juga mengakui pelik kerana MFL dan FAM seakan tidak menunjukkan sebarang rasa simpati terhadap pihak-pihak yang teraniaya dalam isu terbabit.
“Harus diingat, apa yang berlaku ini bukan sahaja akan mencemar kredibiliti sukan bola sepak di negara ini, malah boleh membunuh semangat dan halatuju pasukan Selangor FC,” tegas baginda.
Tak teragak2 tarik Selangor FC keluar Liga Super jika masih ada dalam kepimpinan FAS
Tambah baginda lagi, jika masih berada dalam kepimpinan FAS dan Selangor FC, baginda tidak teragak-agak untuk menarik keluar Selangor daripada Liga Super.
“Beta kini hanya berperanan sebagai Penaung di dalam FAS. Namun jika Beta merupakan peneraju kepimpinan FAS dan Selangor FC, Beta tidak teragak-agak untuk menarik keluar pasukan Selangor daripada Liga Super untuk tempoh masa tertentu,”
Sultan Selangor dukacita, bola sepak untuk perpaduan
Di akhir kenyataan tersebut, Sultan Sharafuddin mengingatkan kepada semua bahawa bola sepak adalah sukan yang menyatupadukan, namun tindakan melampau MFL sedikit sebanyak merosakkan industri bola sepak tempatan..
Beta ingin mengingatkan sekali lagi bahawa bola sepak adalah sukan yang digemari dan menyatupadukan rakyat Malaysia berteraskan semangat kesukanan yang tinggi. Tindakan-tindakan melampau MFL ini langsung tidak melambangkan semangat ini dan hanya akan merosakkan imej industri bola sepak tempatan serta sokongan orang ramai terhadap sukan yang kita cintai ini.
Beta ingatkan kepada MFL, buatlah keputusan dengan berhati-hati,” pesan baginda.
Terdahulu, Selangor FC telah didenda sebanyak RM100,000 susulan tindakan menarik diri dari menentang Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim pada Mei lalu.
Perkara itu dilakukan susulan beberapa kejadian jenayah dan ancaman melibatkan pemain bola sepak selepas insiden Faisal Halim disimbah asid oleh individu tidak dikenali sehingga mengalami kecederaan parah.
Sumber: Instagram selangorroyalofficial
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source