JDT kena denda beratus ribu, Sultan Johor tiada pun buat sebarang kenyataan
“JDT kena denda beratus ribu..”
Tengku Mahkota Johor (TMJ) , Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim bersuara mengenai tindakan Malaysia Football League (MFL) mengurangkan denda yang perlu dijelaskan oleh Selangor FC, hari ini.
Ada masalah? suruh Sultan tulis surat murka…
Dalam hantaran di Instagram Story sebentar tadi, TMJ yang juga pemilik kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dilihat seakan menyindir dengan mengatakan segala masalah dalam arena bola sepak dapat diatasi dengan meminta Sultan setiap negeri menulis surat murka.
Menurut TMJ, selepas ini yang mana kelab tidak membayar gaji, tarik diri sesuka hati, melanggar undang-undang Liga boleh meminta sultan tulis surat murka.
“Pasukan setiap negeri yang buat salah semua boleh suruh MFL tarik balik hukuman dengan mohon jasa Tuanku Sultan masing-masing keluarkan surat.
“Selepas ini Tuanku Sultan yang lain juga akan bertanya, kenapa Selangor boleh dikurangkan hukuman dan negeri kami tidak boleh?” katanya dalam kenyataan media sosialnya.
JDT kena denda beratus ribu tapi…
Tambah TMJ, pasukan JDT juga pernah didenda beratus ribu sejak 2013, termasuk diharamkan selama enam bulan.
Bagaimanapun, Sultan Johor tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung pengurangan denda yang dikenakan ke atas kelab bola sepak itu.
“Siap mengungkit beri pingat Datuk. MFL buat u-turn tanpa surat rayuan. Yang memekak hentam MFL baik puji MFL sekarang.
“Tuan-tuan dan puan-puan, saya persembahkan kepada anda Tokong sebenar bola sepak Malaysia,”ujar TMJ.
Artikel lain: Tiada belas ihsan! Sultan Selangor dukacita, murka dengan keputusan MFL
Berangan… Malaysia pun belum lepas
Terdahulu, MFL meringankan hukuman yang dikenakan ke atas Selangor FC susulan penarikan diri pada aksi Piala Sumbangsih, bulan lepas.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, Ahli Lembaga Pengarah MFL telah menggunakan budi bicara untuk mempertimbangkan semula keputusan awal yang dibuat pada Selasa lepas.
Pertimbangan semula ini dibuat sebagai menjunjung kasih dan menghormati titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Sumber: Instagram hrhcrownprinceofjohor
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source