Budak kecil tercampak keluar, netizen geram kenderaan milik JAKOA digesel MPV
Tular di media sosial memaparkan budak kecil tercampak keluar daripada pacuan empat roda milik Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) di KM 47.3 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, pada Jumaat.
Menerusi video tular berdurasi 23 saat, dilihat sebuah kereta pelbagai guna (MPV) bergesel dengan kenderaan milik JAKOA sehingga mengakibatkan ia terbalik dan merempuh penghadang jalan.
Budak kecil tercampak keluar
Dalam video itu, MPV yang berada di sebelah kiri dari arah Kuala Lumpur menghala ke Jeli, Kelantan secara tiba-tiba bergesel dengan kenderaan milik JAKOA.
Akibat rempuhan itu, turut kelihatan seorang kanak-kanak yang tercampak daripada kenderaan itu bangun dan berlari ke arah beberapa lagi penumpang lain.
Ketua Polis Daerah Bentong, Supt. Zaiham Mohd Kahar dalam satu kenyataan memaklumkan empat penumpang kenderaan JAKOA itu terdiri dari seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun dan tiga perempuan, masing-masing berusia 15 hingga 39 tahun.
Masing-masing mengalami kecederaan dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Temerloh.
Sementara itu, pemandu kedua-dua kenderaan, termasuk pemandu MPV warga asing tidak mengalami kecederaan.
Zaiham juga meminta kerjasama saksi kejadian untuk tampil bagi membantu siasatan berhubung kejadian tersebut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Artikel lain: Ingatkan plastik hitam tersangkut! Ular sawa batik tumpang belakang lori dari Subang ke Melaka
Tertidur atau sengaja?
Video tular itu telah menerima pelbagai reaksi dalam kalangan warganet di mana mereka berasa tidak puas hati dan geram terutama melihat adanya kanak-kanak dalam kenderaan didakwa ambulans JAKOA.
Sumber: X update11111, Astro Awani
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source