Syarikat Nilofa mohon maaf guna foto double meaning, ambil maklum teguran awam
Syarikat Nilofa mohon maaf selepas dikritik hebat oleh warganet sejak semalam di media sosial.
Syarikat berkenaan yang dimiliki selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa tampil membuat permohonan maaf secara terbuka itu menerusi sebuah hantaran di platform Instagram, hari ini.
Syarikat Nilofa mohon maaf
Dalam satu kenyataan, syarikat tersebut mengakui kesilapan yang dilakukan serta menerima segala teguran yang diberikan oleh orang ramai.
“Kami dengan rendah diri ingi memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat atas kesalahfahaman yang timbul berkenaan dengan produk kami yang telah dipaparkan,”tulis kenyataan itu.
Pihak Nilofa juga mengambil maklum terutama teguran masyarakat selain berjanji untuk lebih berhati-hati pada masa akan datang.
“Kami mengambil maklum pantau tegur daripada masyarakat dan berjanji untuk lebih berhati-hati serta sensitif dalam setiap komunikasi kami pada masa akan datang.
“Terima kasih atas pengertian dan sokongan anda semua,”katanya lagi.
Terdahulu, syarikat berkenaan teruk dikritik netizen apabila ia memaparkan beberapa imej objek yang seakan-akan menyerupai alat sulit wanita bagi mempromosikan produk.
Artikel lain: Edar berkotak-kotak secara percuma, netizen dakwa susu Nilofa dah nak ‘expired’?
Difahamkan, beberapa grafik tersebut dimuat naik bagi tujuan mempromosikan produk kesihatan batin wanita.
Kebanyakkan netizen tidak sangka gambar-gambar tersebut datang daripada syarikat Neelofa yang dianggap mempunyai imej wanita sopan dan berpurdah.
Sumber: IG nilofagroup
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source