Menantu habiskan nyawa anak, mentua gagal tahan sebak -“32 tahun ibu jaga anak ibu”
Ibu mentua gagal tahan sebak apabila melihat menantu habiskan nyawa anak yang juga suspek kes bunuh isteri, Hairil Anaas Abdullah, 37 berjalan keluar dari perkarangan Mahkamah Majistret Batu Gajah.
Ibu berdepan dengan menantu habiskan nyawa anak
Menerusi laporan dari video yang dikongsi Sinar Harian, Rozita Radzuan, 56 yang juga ibu kepada mangsa, Nisya Syahkila Shaharun, 32 meluahkan rasa kesal diatas kejadian kejam yang menimpa allahyarham anaknya.
@sinarharianonline Penganggur dituduh bunuh isteri Rintihan pilu seorang ibu mengundang sebak semasa seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Batu Gajah pada Isnin atas pertuduhan membunuh isterinya yang ditemukan dengan kesan tikaman di sebuah hotel di Batu Gajah, dua minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan. Muzik: Elevate dari www.bensound.com SinarHarian BeritaSemasa kesbunuh mahkamah
“Sampai hati, sanggup kamu bunuh anak ibu, Nisya tu baik, 32 tahun ibu jaga anak ibu,” katanya sambil ditenangkan oleh ahli keluarga yang lain.
Menantu habiskan nyawa anak, ibu mangsa merintih luar mahkamah
Dalam pada itu, tertuduh yang mengenakan baju-T berwarna biru dan seluar hitam hanya menundukkan kepala tanpa bersuara.
Difahamkan, tertuduh telah mengangkuk tanda faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Azlin Zeti Zainal Abidin.
Walau bagaimanapun, tiada sebarang mengakuan direkodkan lelaki terbabit memandangkan kes bunuh berkenaan berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Artikel lain: Tak puas hati! Minta fasakh punca suami tikam isteri hingga meninggal dunia
Menantu habiskan nyawa anak, sebutan kes 9 Ogos nanti
Kes telah dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Mohd Ameerul Nazhif Wan Zulfikri manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Pertuduhan terhadap kes berkenaan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun dan jika tidak dihukum mati, hendaklah dihukum tidak kurang 12 sebatan sekiranya sabit kesalahan.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 9 Ogos depan untuk sebutan semula kes bagi penyerahan laporan kimia, bedah siasat dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
Terdahulu, tertuduh yang juga penganggur didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Nisya Syahkila di sebuah bilik hotel di Batu Gajah antara 7.30 pagi hingga 2 petang pada 20 Jun lepas.
Difahamkan, motif pembunuhan dipercayai kerana tertuduh yang juga suami mangsa berasa tidak puas hati kerana Nisya Syahkila tetap meneruskan masih ingin meneruskan tuntutan fasakh walaupun telah dipujuk.
Sumber: TikTok Sinar Harian
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source