“Saya letih jadi Alif Teega, sesekali nak juga jadi orang lain” -Mohd Hazalif
“Saya letih jadi Alif Teega, sesekali nak juga jadi orang lain”
Kenyataan yang dibuat oleh pempengaruh, Alif Teega atau nama sebenarnya, Mohd Hazalif Mohd Hazani susulan menjawab beberapa tuduhan yang dibuat satu akaun di Facebook yang mendakwa dirinya dan isteri, Aisyah Hijanah melakukan penyelewengan derma.
Saya letih jadi Alif Teega, teringin nak jadi orang lain
“Saya letih jadi Alif Teega, sesekali nak juga jadi orang lain,”
“Kalau saya diam orang kata saya mengiyakan, kalau saya bersuara orang kata saya gelabah, koyak” katanya.
Artikel lain: Alif Teega bersuara, tegaskan tak terlibat isu ‘komisyen 20%’ dari kutipan derma
Letih jadi Alif Teega, sekurangnya berani tampil bukan belakang keyboard sahaja
Luahan yang dibuat oleh pempengaruh itu dibuat susulan tuduhan daripada pihak-pihak tertentu berhubung isu berkaitan derma yang dikongsikan sewaktu menunaikan fardu haji.
Ujarnya, walaupun teruk dihentam dengan fitnah-fitnah tersebut, sekurang-kurangnya dia berani tampil, berbeza dengan akaun Facebook yang menuduhnya apabila hanya berani berada di belakang papan kekunci sahaja.
“Kalau saya kongsi laporan sumbangan yang dimanfaatkan. Apa jadi kepada segala fitnah, ancaman, hinaan pada saya dan keluarga saya?
“Boleh ke saya dapatkan identiti page tersebut sebagai jaminan?” soalnya.
Terdahulu, Alif telah menjelaskan serba sedikit berkenaan dakwaan menerima komisen menerusi satu kutipan derma.
Dia yang menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut menyatakan tidak kisah dengan apa yang ditularkan mereka kerana mempunyai bukti-bukti kukuh berhubung isu tersebut .
Dia juga meminta agar orang ramai tidak hanya mendengar dari sebelah pihak dan mendengar juga penjelasan daripada pihak yang lain.
Sumber: Instagram alifteega
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source