“Tiada apa-apa yang boleh halang untuk kami berhubung”
Pelakon kelahiran Singapura, Aliff Aziz luah rasa syukur apabila prosiding kes khalwat pada 9 Mac lalu di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan berjalan dengan lancar.
Menurut laporan Berita Harian, aktor yang berusia 33 tahun itu berkata akan memberi komitmen dan kerjasama sepenuhnya kepada pihak mahkamah.
Aliff Aziz
Artikel lain: Ceria hadir prosiding khalwat, Ruhainies akui tak pandai berlakon menangis depan kamera
“Alhamdulillah, apa yang harus dijalankan hari ini berjalan dengan lancar dan seperti yang dibicarakan di mahkamah, prosiding ini akan mengambil tempoh dan bersambung pada tarikh lain.
“Saya lega semuanya berjalan lancar dan mohon semua mendoakan prosiding ini berjalan dengan baik.
“Selepas pengakuan dibuat, saya rasa apa sahaja akan datang membabitkan kes ini pastinya kami akan memberikan komitmen,” katanya.
Dalam pada itu, pelakon drama Terjerat itu menolak dakwaan kononya hadir bersama Ruhainies walhal mereka menaiki kenderaan berbeza ke mahkamah.
“Waktu sampai ke mahkamah adalah sama dan kami parking dekat-dekat,” katanya.
Bekas suami kepada aktres Bella Astillah itu turut memberitahu orang ramai tidak perlu mempertikaikan sebarang hantarannya di media sosial.
Aliff Aziz
Jelasnya, dia dan Ruhainies tiada sebarang masalah yang menyebabkan mereka bermasam muka atau bergaduh meskipun terpalit dengan kontroversi.
“Saya dan Ruhainies harus melalui prosedur mahkamah berkaitan kes ini, jadi kadang-kala bila kami ‘repost story’, orang tafsirkan kami berbalas ‘story’ dan sebagainya.
“Bagi saya, tiada apa-apa yang boleh halang untuk kami berhubung.
“Kami tidak bergaduh. Sebab saya rasa apa yang orang fikir sepatutnya berlaku, di mana ada kes belum selesai jadi hubungan keruh, tidak bercakap dan bermasam muka.
“Bagi saya, buat masa sekarang, tiada apa-apa alasan untuk saya dan Ruhainies bermasam muka atau bergaduh.
“Apa sahaja hantaran dibuat berkaitan dengan kerja atau sebagainya adalah ‘harmless’,” katanya.
Pagi ini, selebriti Aliff Aziz dan Ruhainies mengaku tak bersalah atas tuduhan berkhalwat di kondominium mewah ibu negara pada 9 Mac lalu.
Sumber: Berita Harian (Fatin Farhana Ariffin)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source