Bila keluar result SPM je, mesti semua orang teringat parodi filem Hang Tuah yang tak nak repeat paper Julai. Itulah, siapa suruh pergi clubbing.
Tapi tahukah anda, filem ini sebenarnya berkos 1 juta ringgit? Berapalah nilai 1 juta tu kalau ikut kadar sekarang.
Teruja dengan filem Rebel Without A Cause (1955), Malay Film Production (Shaw Brothers) telah menghubungi pihak Eastman Kodak untuk penggambaran filem Hang Tuah (1956).
Filem berwarna pertama untuk Shaw Brothers ini menyusul selepas filem berwarna pertama negara, Buloh Perindu milik Keris Film (1953).
Pada ketika itu, Shaw Brothers berhasrat untuk bersaing dalam Festival Filem Asia pada tahun berikutnya dan mencari resepi terbaik untuk projek-projek akan datang.
Run Run Shaw mencadangkan perkhidmatan Eastman Kodak yang baru memperkenalkan teknik pewarnaan filem yang dikenali sebagai EASTMANCOLOR yang lebih murah dari Technicolor yang diperkenalkan pada tahun 1950.
Shaw nekad mengeluarkan kos produksi sekitar 1 juta ringgit untuk merealisasikan impian ini.
Teknik penggunaan kaedah ‘Single Strip Color’ yang dinamakan ‘Monopack’ melibatkan penggabungan pelbagai lapisan warna dalam satu Jalur Warna, berbanding tiga Jalur Warna yang lebih mahal.
Eastmancolor baru sahaja selesai memproses filem Rebel Without A Cause (1955) lakonan James Dean dan filem Jepun Jigokumon (1953).
Maka, filem Hang Tuah adalah filem ke-2 di Asia yang menggunakan Eastmancolor. Proses ini dilakukan di Eastman Lab di Uxbridge, London.
Filem ini menampilkan hampir keseluruhan pelakon terkenal pada masa itu seperti P. Ramlee, Ahmad Mahmud, Nordin Ahmad, Zaiton, Saadiah, Normadiah, Hj Mahadi, S. Kadarisman, dan lain-lain. Pengarah filem ini adalah Phani Majumdar dari India. Filem ini mengambil masa 2 tahun untuk disiapkan.
Filem Hang Tuah mula ditayangkan pada 28 Januari 1956. Hasilnya, filem Hang Tuah mendapat sambutan hebat dengan tayangan selama 3 bulan berturut-turut serta memenangi beberapa anugerah:
1. Lagu Terbaik di Festival Filem Asia ke-3 di Hong Kong – anugerah antarabangsa pertama P. Ramlee.
2. Tercalon dalam Golden Bear Award di Festival Filem Antarabangsa ke-7 di Berlin, Jerman.
Percaturan berani dari Malay Film Production untuk melaburkan modal bagi menghasilkan sesuatu yang di luar kebiasaan dunia perfileman Melayu ternyata berbaloi. Terima kasih, Run Run Shaw.
Filem Hang Tuah difahamkan pernah ditayangkan di Indonesia dan Thailand. Di Thailand, filem ini telah mendapat promosi secara besar-besaran di kota Bangkok dan pernah diiklankan dalam akhbar Siam Nikon.
Masyarakat Siam di Bangkok menamakan filem ini sebagai “Wirak Boros Malaka” yang bermaksud Pahlawan Melaka. Filem ini telah ditayangkan di panggung wayang gambar “Yao Raj” di kota Bangkok.
Terdapat juga pengkritik pada ketika itu yang menyatakan bahawa lagu-lagu yang digubah oleh P. Ramlee dalam filem ini menyamai irama Hindustan.
Oleh: Azizul Farhan
___
Bagi anda yang tidak berpeluang untuk menjengah ke reruai kami di PWTC, jangan khuatir kerana kami juga mengadakan Jualan PBAKL Online 2024 di Shopee dan Tiktok kami dengan DISKAUN sepanjang berlangsungnya PBAKL!
Link Shopee: s.shopee.com.my/8zjTjR0kUz
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source