Terengganu salah sebuah negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia yang cantik dan kaya dengan pemandangan indah. kedudukan negeri ini yang terletak di pesisir pantai membuatkan banyak tempat menarik untuk dikunjungi terutamanya bagi yang sukakan pantai dan juga laut.
Selain mempunyai pantai yang cantik, Terengganu juga mempunyai plilihan makanan menarik serta banyak lagi tarikan lain untuk dikunjungi bila datang ke sini.
nak tahu apa lagi yang menarik di negeri Terengganu, ini yang dikongsikan oleh Muhammad Hafidi bin Omar!
TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI NEGERI TERENGGANU
Terengganu merupakan salah sebuah negeri yang berada di dalam peta semenanjung timur Malaysia. Selain itu, negeri yang terletak di pantai timur ini juga merupakan salah sebuah negeri yang dikelilingi oleh Laut Cina Selatan yang menarik, malah terdapat berbagai-bagai ekosistem yang hidup di dalam perairan Laut Cina Selatan.
Menurut artikel yang dikeluarkan oleh Portal Rasmi kerajaan Negeri Terengganu, asal usul negeri Terengganu adalah dikaitkan dengan percakapan oleh pengembara dari negeri Pahang yang sampai ke sungai Terengganu mati dan mereka berjumpa sebatang taring lalu menanyakan kepada sahabat yang lain. “taring apakah ini” lalu sahabat yang lain menyatakan “taring anu”. Maka dengan itu, percakpan antara mereka telah berakhir begitu sahaja. Namun begitu, ada juga pandangan daripada pengkaji sejarah yang lain berkenaan asal usul nama Terengganu. Ada juga yang mengaitkan dengan cahaya kilat, terangnya anu dan sebagainya.
Muzium Negeri Terengganu
Muzium negeri Terengganu merupakan salah satu tempat yang menjadi tarikan pengunjung tempatan dan luar. Muzium ini juga adalah salah satu muzium yang terbesar di Malaysia dan Asia Tenggara. Selain itu, muzium ini juga adalah bertujuan untuk menyimpan khazanah negeri Terengganu seperti sejarah batu bersurat, adat resam negeri dan sebagainya. Muzium Terengganu ini juga beroperasi setiap hari kecuali hari jumaat. Muzium Losong ini juga boleh dijadikan sebagai tempat untuk lawatan sekolah, program-program, dan sebagainya. Individu yang ingin memasuki muzium ini hendaklah membeli tiket terlebih dahulu. Jangan risau, harga tiket muzium ini murah dan sangat berpatutan. Muzium Terengganu ini telah ditubuhkan pada tahun 1977 di bawah Enakmen Bil. 9 tahun 1976 dan mula berkuatkuasa pada 1 November 1977 selepas DUN meluluskannya pada 28 Disember 1976. Permulaan untuk membina muzium ini adalah disebabkan daripada perjumpaan Batu Bersurat Terengganu oleh Syed Hussein Ghulam Al Bukhari di daerah Hulu Terengganu. Pengarah muzium negeri Terengganu ialah Haji Che Muhamad Azmi bin Ngah.
Lokasinya: Kampung Bukit Losong, Paloh, Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu operasi: 9.00 a.m – 5.00 p.m
Pulau Redang
Pulau Redang merupakan salah satu tempat pelancongan yang memberi banyak manfaat kepada sumber ekonomi negeri Terengganu. Pulau Redang juga telah menawarkan pakej-pakej pelancongan dan penginapan yang popular. Selain itu, terdapat pelbagai aktiviti menarik yang terdapat di Pulau Redang seperti dapat melihat matahari terbit dan matahari terbenam dengan permandangan menarik. Aktiviti seterusnya adalah “snorkeling”. Keindahan yang terdapat di dalam laut di Pulau Redang dengan air yang jernih akan membuatkan pelancong lebih teruja dengan keindahan terumbu karang yang masih terpelihara. Selain itu, pakej lain yang ditawarkan di Pulau Redang adalah Scuba Diving, melihat penyu, jungle trekking, bermain bola tampar, berkayak, mandi laut, dan memancing.
Lokasinya: Pulau Redang, Terengganu.
Aktiviti: memberi makanan kepada penyu, scuba diving, snokerling, berkayak, bola tampar, memancing, pakej penginapan yang menarik.
Pasar Payang
Seterusnya, tempat pelancongan menarik di Terengganu yang lain adalah pasar payang. Asal usul nama pasar payang adalah dari nama perahu payang iaitu sejenis perahu nelayan yang memasarkan hasil tangkapan mereka di pasar. Selain itu, pasar payang juga adalah pasar yang merujuk kepada proses penjualan barangan tradisional. Namun begitu, apabila telah beralih zaman, pasar payang telah menjadi tempat yang menjual barangan seperti perhiasan, makanan, dan sebagainya. Pasar payang adalah sebuah pasar yang mempunyai pelbagai barangan iaitu makanan, barangan pakaian, dan sebagainya. Bukan itu sahaja, barangan hiasan seperti barangan kemas juga boleh didapati dengan kadar harga yang berpatutan. Seterusnya, produk tembaga juga menjadi salah satu tarikan kepada pelancong luar dan tempatan. Ada dalam kalangan mereka yang menjadikan barangan tembaga seperti acuan bahulu dan sebagainya sebagai barangan kenangan kerana barangan tersebut mempunyai nilai yang tersendiri.
Lokasinya: Jalan Sultan Zainal Abidin, Kampung Tanjung Kapur, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu.
Waktu operasi: 8.00 a.m – 6.00 p.m
Nasi Dagang Atas Tol
Selain itu, budaya makanan juga telah menjadi tradisi utama pengunjung luar apabila melancong ke negeri Terengganu. Kita semua sedia maklum bahawa negeri Terengganu sememangnya terkenal dengan budaya makanan yang berbagai-bagai. Antara makanan yang menjadi tarikan utama pelancong luar atau tempatan adalah nasi dagang, nasi kerabu, kerepok lekor, dan sebagainya. Nasi dagang juga merupakan makanan popular dalam kalangan rakyat Terengganu. Antara kedai yang menjual nasi dagang dan menjadi tarikan pelancong salah satunya ialah, Nasi Dagang Atas Tol. Kedai ini bertempat di Kampung Pengkalan Setur, Terengganu. Kebiasaannya, kedai Nasi Dagang Atas Tol ini memang menjadi tempat sarapan pagi yang utama bagi pendudukdi situ. Terdapat berpuluh-puluh menu makanan yang ditawarkan di kedai ini dan menu yang menjadi tarikan utama para pengunjung adalah nasi dagang lauk ikan tongkol dengan kombinasi air tea ais. Selain itu, refleksi pelanggan yang berkunjung di kedai itu rata-rata memberi respon yang positif di dalam perkhidmatan yang ditawarkannya. Kedai Nasi Dagang Atas Tol mula beroperasi pada jam 6.30 pagi sehingga 11.30 pagi.
Lokasinya: 1318, T101, Kampung Pengkalan Setur, 20050 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu operasi: 6.30 a.m – 11.30 a.m
Kesimpulannya, terdapat pelbagai keindahan dan keunikan yang terdapat di negeri Terengganu seperti pulau-pulau yang cantik, pasar payang, budaya makanan Terengganu, dan lain-lain lagi. Bak kata pepatah orang Melayu dulu, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Sebagai anak jati Terengganu, saya berasa amat bersyukur kerana dilahirkan di negeri yang bersejarah dan penuh dengan adat resam tersendiri. Keunikan negeri ini telah menjadi bualan hangat para pelancong luar dan tempatan untuk berkunjung dan meneroka dengan lebih terperinci lagi mengenai sebauh negeri iaitu Tereangganu Darul Iman.
“NEGERI CANTIK, ORANGNYA BAIK”
“TERENGGANU DARUL IMAN”
Artikel ini disumbangkan oleh Muhammad Hafidi bin Omar pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Sumber: Muhammad Hafidi bin Omar
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source