Jadi duta minyak wangian? Tindakan Ustazah Asma dipertikai -“Dulu kata haram…”
Tindakan Ustazah Asma dipertikai susulan mempromosikan wangian dan dipercayai menjadi duta untuk produk tersebut.
Hal berkenaan menjadi perdebatan selepas tularnya tangkapan layar di platform X mengatakan yang pendakwah tersebut pernah memberitahu bahawa haram bagi seorang wanita memakai minyak wangi.
Tindakan Ustazah Asma dipertikai, pernah kata wanita haram guna minyak wangi
Dalam ciapan yang dibuat akan X Syed Akrami, dia telah berkongsi tangkapan layar ceramah yang dibuat oleh Ustazah Asma’ Harun berkenaan wanita haram memakai minyak wangi kira-kira empat tahun dahulu.
Namun, berbeza pula kini apabila beliau mempromosikan wangian yang dikatakan mempunyai banyak manfaat menerusi satu video yang dikongsi semula oleh satu akaun di platform sama.
Artikel lain: Isu tutup kafe jadi bahan sindiran, Ustazah Asma’ terima dengan lapang dada
Tindakan Ustazah Asma dipertikai, harap ada yang boleh jelaskan
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai komen di ruangan X pengguna tersebut.
Walaupun ada yang mengkritik tindakan pendakwah berkenaan, namun ramai juga kurang bersetuju dengan pengguna X yang menyuarakan isu terbabit kerana merasakan wangian yang dipromosikan bukanlah minyak wangi.
Ni bukan wangian, ni essential oil
Dia tak sebut pun kena pakai luar rumah
Apa-apa pun diharap ada penjelasan daripada pihak Ustazah Asma’ sendiri agar tiada kekeliruan daripada mana-mana pihak memandangkan isu tersebut kembali dibangkitkan.
Boleh jadi wangian yang dipromosikan oleh pendakwah berkenaan bukanlah minyak wangi yang boleh menarik perhatian lelaki ajnabi kerana sebelum ini beliau sendiri menyatakan haram untuk seorang wanita memakainya.
Sumber: X SyedAkrami
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source