“Lebih 10 tahun berkhidmat, tak pernah lihat pasangan senyum sebab kes khalwat”
Seorang staf agensi agama luah rasa pelik apabila melihat gelagat selebriti yang tersenyum lebar dan gembira ketika hadir ke mahkamah atas pertuduhan berkhalwat.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh staf yang dikenali sebagai Ajak, dia pertama kali melihat situasi itu sepanjang lebih 10 tahun berkhidmat di agensi agama.
Staf agensi agama
Artikel lain: Aliff Aziz, Ruhainies mengaku tak bersalah atas tuduhan berkhalwat
Ujarnya lagi, Ajak seakan tidak boleh terima alasan yang diberikan oleh artis tersebut yang mengukir senyuman disebabkan gembira berjumpa dengan rakan media di mahkamah.
“Sepanjang berkhidmat di agensi agama lebih 10 tahun belum pernah lagi saya melihat kes tangkapan khalwat melibatkan pasangan apabila didakwa di mahkamah dia dalam keadaan senyum dan seronok.
“Seronok berjumpa dengan kawan-kawan media katanya sampai lupa ini kes tangkapan khalwat,” katanya.
Terdahulu, kecoh di media sosial apabila pelakon Ruhainies dan Aliff Aziz mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkhalwat di sebuah kondominium mewah pada 9 Mac lalu.
Staf agensi agama
Bukan itu sahaja, Ruhanies turut dikecam ramai kerana tidak sensitif dengan dakwaan tersebut apabila dia dilihat tersenyum lebar ketika menghadiri ke mahkamah.
Ujar Ruhainies atau nama sebenarnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, dia tidak pandai berpura-pura atau berlakon sengaja menangis di hadapan kamera.
Sumber: X @IamAjak
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source