Lelaki terkejut anak ketiga bukan zuriat kandung, isteri jalin hubungan dengan biras
Seorang lelaki terkejut anak ketiga bukan zuriat kandung yang selama ini disangka apabila keputusan ujian paterniti asid deodsiribonukleik (DNA) dilakukan ke atas kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun.
Dia yang mahu dikenali Putra, 38, berkata, hubungan sulit isterinya, Shaz (bukan nama sebenar) dengan biras, Khal (bukan nama sebenar) terbongkar pada tahun lalu.
Lelaki terkejut anak ketiga bukan zuriat kandung
Kongsi Putra, dia melakukan ujian DNA ke atas Putri di sebuah klinik swasta dekat Ampang, Selangor pada 26 Disember 2023 bagi mendapatkan kepastian mengenai status knak-kanak berkenaan.
Ujarnya, ujian DNA itu dilakukan sebaik sahaja mendapatkan pandangan daripada peguam.
“Saya amat terkejut dan terus hubungi ahli keluarga bagi memaklumkan tentang perkara berkenaan.
“Sehari selepas itu, kami sekeluarga pergi ke rumah bekas mentua di Pulau Pinang untuk mendapatkan penjelasan daripada bekas isteri sambil membawa laporan DNA,”katanya.
Bagaimanapun, Shaz dan ahli keluarga yang lain bermati-matian mengaku bahawa Putri adalah anak kandung mereka.
“Namun Shaz dan keluarganya malah menganggap saya menipu dan berulang kali menegaskan bahawa Putri anak kandung kami,” katanya.
Keputusan DNA Putri, Khal sepadan 99.99 peratus!
Reaksi yang ditunjukkan oleh bekas keluarga mentua yang masih membela wanita itu telah membuatkan dia tekad mahu menghebahkan kepada media pada awal tahun ini.
Namun, keesokan harinya, bekas bapa mentua menghubunginya dan menyatakan hasrat mahu berjumpa dan berbincang mengenai perkara tersebut di rumah Putra yang terletak di Perak.
“Bekas adik ipar saya, Khal turut hadir dalam perjumpaan tersebut dan menegaskan bahawa Putri bukan anaknya. Khal malah memberitahu bahawa dia juga akan membuat ujian DNA untuk mendapatkan pengesahan.
“Dia buat ujian tersebut pada 11 Januari di klinik sama dan keputusan yang keluar pada 23 Januari menunjukkan Khal sememangnya bapa kandung kepada Putri, dengan padanan sebanyak 99.99 peratus,”ujarnya.
Dah lebih lima tahun jalin hubungan
Apa yang membuatkan dia tidak menyangka apabila mengetahui bekas isteri dan bekas adik ipar sebenarnya sudah menjalinkan hubungan di luar pengetahuannya sudah lebih tahun lalu lalu.
Kejadian tersebut terbongkar selepas dia menjumpai butiran panggilan telefon antara mereka berdua menerusi telefon pintar Shad pada tahun 2019.
Katanya lagi, dia juga mendapati sistem aplikasi penghantaran makanan sejak tahun 2020 hingga 2021 menunjukkan semua makanan itu dihantar ke rumah adik iparnya dan beberapa hotel sekitar Pulau Pinang.
Berdasarkan segala bukti perbualan menerusi aplikasi Signal, rakaman suara dan alamat aplikasi penghantaran makanan juga menunjukkan mereka sudah lama berhubungan.
“Ketika itu kami memutuskan untuk tinggal berasingan (tidak bercerai) selama enam bulan.
“Namun selepas itu bekas isteri merayu untuk kembali. Setelah memikirkan masa depan anak-anak dan nasihat daripada ibu bapa, kami berdua kembali bersama sehinggalah dia mengandung anak yang ketiga,”kongsinya lagi.
Sedih, sayang seperti anak kandung
Putra turut memaklumkan, dia dan bekas isteri sebelum ini menjalani kehidupan rumah tangga perhubungan jarak jauh (PJJ) atas alasan wanita berkenaan mahu menumpukan perhatian pada proses pembelajaran ijazah doktor falsafah (PhD) secara dalam talian.
“Saya menetap di Perak untuk menguruskan bisnes, manakala bekas isteri dan anak-anak tinggal bersama bekas keluarga mentua di Pulau Pinang sementara waktu,” jelasnya.
Tetapi, dirinya tidak pernah terlintas bahawa pisang akan berbuah dua kali dan lebih dahsyat anak ketiga sebenarnya bukan anak kandung.
Putra juga akui dia amat sayang akan Putri termasuk dua anak lelaki yang masing-masing berusia 12 dan sembilan tahun.
“Selepas bercerai pada 17 Januari lalu, anak-anak tinggal bersama bekas isteri, walaupun tidak sebumbung, saya tetap memberikan nafkah kepada mereka. Saya sangat sayang Putri kerana memang berkeinginan untuk mempunyai cahaya mata perempuan.
“Meskipun mengetahui hakikat dia bukan anak kandung, saya tetap tidak lupa untuk berjumpanya bersama anak-anak lain dan bersedia memberikan yang terbaik untuk masa depannya kelak, sebab anak kecil ini tidak bersalah.
“Sehingga minggu lepas pun, apabila telefon dia masih tanya..papa where are you? When are you coming back? You working ha? Saya tidak perlu berlakon, saya memang sayang.
“Cuma agak terkilan kerana saya sedar pada akhirnya, satu hari nanti apabila Putri sudah dewasa, keadaan (merujuk kepada batas pergaulan) mungkin sudah tidak sama seperti sekarang,”luahnya dalam nada pilu.
Artikel lain: “Ayah jatuh sakit apabila tahu saya bukan anak kandungnya.” -Noratirah
Dakwa Putra, sehingga kini bekas isterinya masih menjaja kisah tidak benar kepada sanak-saudara dengan mengatakan Putri adalah anak kandung mereka dan dia culas menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa.
“Sedangkan keputusan DNA dan semua bukti yang saya dan adik kumpul sudah jelas membuktikan pihak mana yang benar dan salah,” tegasnya.
Wuishhh, dahsyat betul! Teringat filem Indonesia berjudul Ipar Adalah Maut.
Sumber: Majoriti (Nur Iftitah Rozlan, Rahmi Jumriati Jono)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source