Seniman Bujang Lapok Sebenarnya Hampir Dibakul Sampahkan?
“Sewaktu selesai mengarang cerita itu, saya tidak berani menyerahkannya kepada P. Ramlee kerana saya khuatir dia akan menolak, mentertawakan, atau mencampakkannya ke dalam bakul sampah,” kata H. M. Rohaizad, penulis asal cerita filem ini.
H. M. Rohaizad menyatakan bahawa pada mulanya beliau memberi tajuk “BUJANG LAPOK JADI BINTANG” kepada P. Ramlee.
P. Ramlee bersama ahli jawatankuasa penapis filem Studio Malay Films Production berbincang dan bersepakat untuk mengambil karya H. M. Rohaizad sebagai sebuah filem, tetapi terus mencari tajuk yang lebih sesuai.
Dalam satu temubual, H. M. Rohaizad berkata;
“Encik Ram, ini ada satu cerita karangan dan susunan saya sendiri. Cubalah Encik Ram baca, kalau bagus, ambillah.”
“Saya sangat memahami sifat dan peribadi P. Ramlee. Sebagai seorang pengarah, dia mempunyai pandangan yang sangat tajam. Saya sangat berbesar hati dan gembira kerana cerita karangan dan susunan saya sendiri telah diambil oleh pengarah P. Ramlee untuk difilemkan.”
Pada 6 Julai 1961, “SENIMAN BUJANG LAPOK” ditayangkan buat pertama kali di Panggung Capitol, Singapura. Ini merupakan karya filem terakhir H. M. Rohaizad yang menghembuskan nafas terakhir beberapa bulan selepas tayangan ini akibat serangan jantung.
Kalaulah H. M. Rohaizad, P. Ramlee, dan gerak kerja Shaw hanya membakul sampahkan filem ini, nescaya kita semua generasi sekarang tidak dapat melihat bagaimana keadaan penggambaran filem di zaman itu.
Filem ini merupakan satu-satunya karya yang memperlihatkan suasana di Studio Jalan Ampas serta kerja-kerja penggambaran yang dilakukan di dalamnya.
Tanpa filem ini, kita tidak akan mengetahui suasana sebenar studio tersebut pada zaman kegemilangannya.
Bangsa Melayu di seluruh nusantara patut berterima kasih kepada P.Ramlee dan semua pelakon dalam filem ini kerana memberikan gambaran sebenar keadaan di studio Jalan Ampas.
Dari kerja-kerja pembikinan filem, krew belakang tabir hingga kaedah promosi, semua diperlihatkan dalam filem tersebut.
Oleh: Azizul Farhan
___
Teringin nak tahu kisah hidup Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee dari awal kelahiran hinggalah hilangnya sebutir permata industri seni negara?
Dapatkan P.RAMLEE, TIADA YANG KEDUA dengan diskaun RM7 terhad sehingga 15 Jun hanya ada di Shopee kami!
https://s.shopee.com.my/5AX63kuYme
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source