Nenek kesal pemilik kebun gantung tepi pagar, cucu kritikal termakan keropok ada racun
Nenek kesal pemilik kebun gantung tepi pagar yang membolehkan dua orang cucunya, Muhammad Akil Syauqi Abdul Rahman, 3, dan Muhammad Luth Syauqi, 2, kritikal.
Dua beradik itu dilaporkan kritikal selepas makan makanan ringan yang disyaki mengandungi racun di kawasan kebun di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Kulim, Kedah, semalam.
Artikel lain: Bapa hairan anak tak bergaul dengan kanak-kanak lain, dakwa rupanya dicubit guru taska
Nenek kesal pemilik kebun gantung tepi pagar
Menurut nenek, Saadiah Yaacob, 62, pada mulanya, dua beradik itu mengikut datuk mereka, Muhammad Nazar Abdullah, 53, mencari lembu di kebun tidak jauh dari rumah.
Katanya, tidak lama selepas itu, dua beradik terbabit kelihatan seronok membawa dua bungkusan makanan ringan yang diikat dengan tali ketika pulang ke rumah.
“Saya nampak dua bungkusan makanan ringan itu sudah terbuka di bahagian tengah dan hanya tinggal baki tiga keping dan mengesyaki mereka sudah makan keropok itu,” katanya lagi.
Ibu terkejut, anak menggelupur diserang sawan
Sementara itu, ibu kepada dua kanak-kanak itu yang juga menantunya Saadiah, Norain Hasnulrizal, 25, memberitahu, dia terkejut apabila melihat anak keduanya menggelupur seperti diserang sawan manakala, si abang pula lemah dan muntah
Katanya, dua cucunya kini sedang dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan keadaan mereka agak kritikal dan hanya menggunakan mesin bantuan pernafasan.
“Saya hanya berdoa kedua-dua cucu beransur sihat kerana sayalah yang menjaga sejak mereka lahir dan membesar dengan kami di sini.
“Saya agak kesal dengan apa yang berlaku kerana pemilik kebun itu menggantung makanan ringan itu di tepi pagar berdawai di tempat yang rendah dan mampu dicapai dua cucu,”luahnya.
Datuk kepada dua beradik, Muhammad Nazar berkata, racun dalam keropok itu berkemungkinan bukan racun tikus, sebaliknya ia racun yang lebih kuat yang yang sering digunakan penduduk berhampiran bagi memerangkap monyet.
Ujarnya, keropok yang mengandungi racun itu perlu diletakkan di tempat selamat dan bukannya dibiarkan tergantung di situ.
Doktor tak beri harapan anak sulung pulih
Dalam perkembangan lain, Norain Hasnulrizal memberitahu doktor tidak dapat beri harapan terhadap pemulihan anak sulungnya, tetapi akan mencuba yang terbaik.
“Doktor mengatakan pada masa ini, mereka tidak dapat lakukan rawatan pada buah pinggang Muhammad Akil Syauqi berikutan keadaannya tidak stabil.
“Tekanan darahnya juga rendah dan jika rawatan dibuat, keadaan buah pinggangnya bertambah ‘teruk’,” kata Norain.
Mengenai perkembangan anak kedua, Muhammad Luth Syauqi dilaporkan masih koma.
“Dia sudah menjalani imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) hari ini dan masih koma.
“Pada masa ini fikiran saya masih buntu, namun saya mohon supaya orang ramai supaya mendoakan kesembuhan kedua-duanya,” katanya yang juga operator kilang.
Sumber: BH Online ( Zuliaty Zulkiffli, Zuhainy Zulkiffli )
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source