Sebelum ni, kita pernah dengar isu tentang menara firaun yang dikatakan setinggi 15-16 km (10 batu).
Sebenarnya, isu ini bukan baru. Tapi, kalau benar ia wujud, kenapa Piramid Giza yang jadi mercu Mesir Purba?
Cerita ini tidak terlalu lari dari topik kerana Khufu memang terkenal sebagai seorang pembina, yang menyempurnakan reka bentuk piramid dengan membina Piramid Agung Giza (2580-2560 SM).
Sebelumnya, piramid di Mesir Purba hanya berbentuk mastaba, yakni makam segi empat tepat dengan permukaan rata. Reka bentuk ini bertahan selama kira-kira lima abad, meliputi era dinasti pertama dan kedua (2925-2670 SM).
Pada era dinasti ketiga (2670-2613 SM), reka bentuk piramid mula berevolusi, bermula dengan pemerintahan Firaun Djoser (c. 2650) yang mengarahkan Imhotep untuk memperbaharui konsep mastaba, menghasilkan Piramid Bertingkat (Step Pyramid).
Reka bentuk ini terus diperbaharui oleh Sneferu (2613-2589 SM) dan kemudian oleh anaknya, Khufu, yang menyempurnakan Piramid Giza. Philo (225) kemudian menyebut Piramid Giza sebagai satu daripada tujuh keajaiban dunia purba.
Di sini, timbul persoalan tentang ‘menara firaun’. Philo, yang hidup lebih dekat dengan zaman kefiraunan, seharusnya memiliki lebih banyak sumber untuk menilai binaan mana yang layak digelar ‘keajaiban dunia’.
Jika benar menara setinggi 15 km ini pernah wujud, pastinya ia lebih layak disebut keajaiban dunia berbanding Piramid Giza yang tingginya hanya 146.6 meter.
Tapi, dari mana riwayat ini timbul?
Ramai yang berdalilkan al-Mu’min: 36 sebagai sandaran. Ayat tersebut menyebut tentang “perintah Firaun kepada Haman untuk membina sebuah menara tinggi (صَرْحًا) agar dia dapat mencapai pintu-pintu langit (ٱلْأَسْبَٰبَ)”. Namun, ayat tersebut tidak menyebut ketinggian menara.
Menurut Tafsir Mafatih al-Ghaib oleh Imam Fakhruddin al-Razi, ada dua dakwaan: menara tersebut dibina atau tidak dibina. Ayat tersebut hanya memuat perintah, tanpa kepastian pelaksanaannya.
Riwayat yang menyebut firaun memanjat menara dan memanah ke langit hingga darah bercucuran ini terdapat dalam Kitab Tarikh al-Umam wal Muluk oleh Ibn Jarir al-Tabari (310 H).
Namun, perawinya (al-Suddiy) dikenali sebagai pencerita dari sumber Israiliyat dan palsu. Imam al-Tabari sendiri menafikan kesahihan riwayat tersebut dalam kitabnya.
Dalam penulisan sejarah, penilaian terhadap riwayat seperti ini memang diamalkan oleh ulama’. Misalnya, Ibn Khaldun (1332-1406) dalam Mukaddimah menolak riwayat yang menyebut firaun membawa 1.6 juta orang untuk mengejar 600,000 pengikut Nabi Musa (as) kerana tidak munasabah.
Maka, dalam isu ‘menara firaun’ ini, pendekatan yang sama harus diambil. Ilmu dan fakta perlu diteliti baik dari segi sumber (dalil naqli) mahupun kemunasabahannya (dalil aqli).
Kita bukan sahaja menilai kekuatan perawi, tetapi juga realistik atau tidak dakwaan tersebut.
Ketinggian 15 km menimbulkan banyak persoalan. Pada ketinggian tersebut, manusia tidak boleh bernafas kerana udara nipis dan suhu sangat rendah. Contohnya, pendaki Gunung Everest, setinggi 8.85 km, berdepan suhu -36° C hingga -60° C.
Membina menara setinggi 15 km dalam masa singkat dengan sumber terhad juga sukar diterima. Sebagai perbandingan, Piramid Djoser setinggi 62 meter mengambil masa 20 tahun dengan 330,400 kubik meter batu-tanah liat. Piramid Agung Giza pula memerlukan 2 juta bongkah batu dan 20,000 pekerja untuk disiapkan dalam 20 tahun.
Jika menara 15 km dibina, masa dan sumber yang diperlukan pasti jauh lebih besar. Tak mungkin ia dibina dengan sihir. Jika benar, tidak mungkin ada insiden pekerja mogok kerana tidak dibayar seperti yang berlaku pada 1152 SM di era Ramses III.
Tambahan pula, tiada kesan runtuhan atau rekod mengenai menara ini, baik dalam arkib Mesir Purba mahupun tamadun kontemporari seperti Hykos, Nubia, Mesopotamia, dan Yunani.
Mana tak peliknya, rekod tentang firaun pertama (Menes) yang sangat purba pun ada, tetapi rekod tentang menara megah firaun zaman Nabi Musa (as) langsung tiada.
Ilmuwan dahulu hingga kini pun dah mengenal pasti beberapa firaun yang mungkin sezaman dengan Nabi Musa (as) seperti Thutmose II (1493-1479 SM), Amenhotep II (1427-1397 SM), Ramses II (1279-1213 SM), dan Merneptah (1213-1203 SM).
Kesimpulannya, kisah ‘menara firaun 15km’ ini bukanlah sesuatu yang wajib dipercayai sebagai Muslim. Cukup beriman pada ayat yang menyebut ‘Firaun memerintahkan Haman membina menara’.
Tidak perlu menyebarkan kisah ‘menara setinggi 15 km’. Tanpa kisah itu pun, kita sudah tahu keangkuhan firaun pada zaman Musa (as) dan laknat ke atasnya. Kisah ini tidak menambah atau mengurangkan apa-apa.
Oleh: Azizul Farhan
___
Nak tahu kenapa Ramses II dianggap sebagai Firaun yang mengejar Nabi Musa (as)? Jawapannya ada di dalam KITAB TAMADUN MESIR PURBA!
Dapatkan segera sementara masih ada DISKAUN sebanyak RM7 yang terhad sehingga 15 Jun ini sahaja!
https://s.shopee.com.my/6fLxzjJ10q
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source