“Ibu Reda Kalau Abang Nak Pergi,” Akil Syauqi, Kanak-kanak Termakan Keropok Beracun Meninggal Dunia Selepas Dengar Bisikan Ibu
“Ibu reda kalau abang nak pergi,” Akil Syauqi, kanak-kanak termakan keropok beracun meninggal dunia selepas dengar bisikan ibu. Begitu kata Nurain Hasnorizal, ibu kepada Muhammad Akil Syauqi, 3, sebelum anak sulungnya itu meninggal selepas termakan makanan ringan dipercayai bercampur racun.
“Ibu Reda Kalau Abang Nak Pergi,” Akil Syauqi
Memetik Harian Metro Nurain berkata, kali terakhir dia bertemu anaknya ketika lawatan pada jam 7 pagi tadi. Katanya, dia berpeluang mengusap pipi dan tangan anaknya serta berbual dengan kanak-kanak malang itu.
Kanak-kanak Termakan Keropok Beracun Meninggal Dunia Selepas Dengar Bisikan Ibu
“Saya bercerita mengenai waktu kecilnya dan pegang tangan serta bisikkan di telinga bahawa saya reda jika dia mahu ‘pergi’ dulu.
“Saya lihat keadaannya makin tidak memuaskan sebelum membaca surah Yasin dan tidak lama kemudian dia menghembus nafas kira-kira jam 8.30 pagi tadi,” kata wanita berusia 25 tahun ini.
Nurain berkata, urusan bedah siasat hampir selesai dan jenazah akan dibawa ke Kampung Banggol Berangan, Labu Besar, Kulim bagi disemadikan.
“Saya reda yang berlaku, Allah SWT pinjamkan dia sedikit masa untuk kami dan jadi kenangan.
“Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan kedua-dua anak saya,” katanya lagi.
Anak bongsunya Muhammad Luth Syauqi, 2, masih kritikal dan dirawat di HPP.
“Keadaan adik (Muhammad Luth Syauqi) dilihat baik dan doktor masih berusaha merawatnya.
“Sedih lihat keadaannya, sama-sama berdoa dan semoga ada keajaiban dari Allah SWT.
“Semalam, saya dihubungi ibu kepada penduduk yang didakwa meletakkan racun dalam keropok itu dan dia turut menyatakan maaf.
“Saya belum fikir tindakan kerana fikiran saya masih buntu dan serahkan semua kepada polis.
“Kami masih tidak tahu racun apa yang dicampurkan dalam keropok itu,” katanya.
Hadir sama ialah dua pengasuh kepada Muhammad Akil Syauqi yang turut menceritakan kenangan manis bersama kanak-kanak itu.
Roziana Mohd Rosli, 41, berkata, dia menjaga kanak-kanak berkenaan sejak berusia enam bulan dan mengakui mudah menjaganya.
“Dia sangat manja dengan kami sekeluarga dan itu yang paling saya takkan lupa.
“Memang mudah jaga Akil dan dia juga bukan ‘picky eater’ (memilih makanan) seperti sesetengah kanak-kanak,” katanya di sini.
Harian Metro sebelum ini melaporkan mengenai dua beradik, Muhammad Luth Syauqi dan Muhammad Akil Syauqi yang masing-masing berusia dua dan tiga tahun, kritikal selepas termakan makanan ringan didakwa dicampur racun tikus dalam kejadian di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Kulim, Kedah, kelmarin.
Makanan ringan berupa keropok itu digantung pada pagar dawai dikatakan dipasang pemilik kebun, bertujuan menghalau haiwan liar yang mengancam tanamannya.
Kedua-dua kanak-kanak malang berkenaan dikejar ke HPP selepas menerima rawatan di Hospital Kulim.
Sumber: Harian Metro
Artikel berkaitan: Dua Beradik Termakan Keropok Ada Racun Tikus Kritikal
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source