Siapa Sebenarnya Apek Dalam Sergeant Hassan dan Ali Baba Bujang Lapok?
“Itu Hassan ah, masuk hutan jadi Gorila.”
Mesti ramai yang terkeliru lepas saya menulis berkenaan Alias Congo semalam. Tak dinafikan kita sering kali terkeliru apabila berbicara tentang dua watak Apek paling ikonik dalam sejarah sinema Melayu ni.
Watak Ah Ling dalam Sergeant Hassan sebenarnya dilakonkan oleh seniman Leng Hussain yang berasal dari keluarga Cina Muslim dan dilahirkan di Singapura pada tahun 1924.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Teluk Kurau, Singapura. Sejak kecil, beliau bergaul dengan anak-anak bangsawan, tetapi jiwa sanubarinya cenderung kepada lawak jenaka.
Pada tahun 1946, beliau memenangi pertandingan lawak jenaka bersama Hassan Temberang. Selepas itu, Leng Hussain menyertai beberapa kumpulan bangsawan seperti Jenaka Melayu Opera, Seri Noran, dan Royal Opera.
Pada tahun 1958, P. Ramlee mencadangkan Leng Hussain kepada Shaw Brothers untuk berlakon dalam filem “Sergeant Hassan”.
Dialog-dialog yang dibawa beliau juga amat menghiburkan, seperti “Aiya Pak Lebai ah. Ajis punya badan sama wa satu macam. Satu kali angkat senapang, lain kali senapang angkat dia… ooo”
Pada tahun 1960, Allahyarham P. Ramlee sekali lagi memberikan beliau watak Tukang Kasut dalam filem “Ali Baba Bujang Lapok”.
Walaupun wataknya kecil, P. Ramlee berjaya mengangkat Leng Hussain sebagai pelakon yang menonjol. Selain menjadi tukang kasut, Leng turut menyanyikan lagu “Apek & Marjina” yang menjadi popular. Filem ini ditayangkan pada awal tahun 1961.
Dialog terkenal beliau, “haiya minah ini macam kalo wa misti tuka wa punya nama ahmad aleng bin abdulola”, mesti masih diingati ramai.
Semasa “Ali Baba Bujang Lapok” ditayangkan, P. Ramlee membuat filem “Seniman Bujang Lapok”, di mana Leng Hussain diberi peranan sebagai Apek si pemborong botol dan surat khabar lama. Walaupun hanya muncul dalam satu babak, wataknya yang mencuit hati tetap diingati peminat filem Melayu lama.
Filem lain yang dibintangi beliau termasuklah dalam filem “Saudagar Minyak Urat”, “Siti Zubaidah”, “Gado Gado”, “Hujan Darah” dan “Pak Pandir Modern”, serta membuat penampilan dalam “Hujan Darah” arahan Salleh Ghani di Studio Merdeka. Leng Hussain meninggal di Singapura dan tahun kematiannya tidak diketahui.
Oleh: Azizul Farhan
___
Teringin nak tahu kisah hidup Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee dari awal kelahiran hinggalah hilangnya sebutir permata industri seni negara?
Dapatkan P.RAMLEE, TIADA YANG KEDUA dengan diskaun RM7 terhad sehingga 15 Jun hanya ada di Shopee kami!
https://s.shopee.com.my/5AX63kuYme
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source