Tengku Hassanal mohon privasi peribadi tentang perkahwinan dihormati
Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal mohon privasi peribadi dan keputusan baginda mengenai perkahwinan di masa hadapan dapat dihormati .
Hargai keprihatinan semua
Menerusi hantaran Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah di ruangan Instagram rasmi, baginda sebagai seorang putera raja dan pewaris ganti kepada Negeri Pahang sangat menghormati keprihatinan dan minat yang ditunjukkan terhadap kehidupan peribadinya.
“Namun, saya memohon agar keputusan dan privasi peribadi mengenai perkahwinan saya pada masa hadapan dapat dihormati.
“Saya percaya bahawa pilihan hidup yang penting seperti ini harus dibuat dengan teliti dan pada masa yang sesuai bagi saya,” tulis baginda.
Tengku Hassanal mohon privasi peribadi dihormati, komitmen utama kepada rakyat
Tambah baginda, buat masa ini, komitmen utama adalah berkhidmat kepada raja dan negneri selain melaksanakan tugas serta tanggungjawab dengan penuh dedikasi kepada rakyat.
“Buat masa ini, saya komited untuk berkhidmat kepada Raja dan Negeri, dan akan melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi,” ujar baginda.
Tengku Hassanal mohon privasi peribadi dihormati, minta jangan ganggunya
Walau bagaimanapun, Tengku Hassanal menyatakan bahawa setiap sokongan yang telah diberikan kepadanya selama ini sangat dihargai dan mengucapkan terima kasih diatas keprihatinan tersebut.
Baginda juga sempat berseloroh dengan meminta orang ramai tidak menganggunya memandangkan tiada perkahwinan melibatkan dirinya buat masa ini.
Artikel lain: Gurau konon Tengku Hassanal kekasihnya, pelakon Dayang Areeda dikecam teruk
Mungkin sebab ramai yang obses di media sosial
Perkongsian Tengku Mahkota Pahang itu telah mendapat respon daripada warganet yang rata-rata menghormati permohonan baginda.
Ada juga yang sedar bahawa sejak kebelakangan ini memang wujud sesetengah pihak di media sosial yang begitu obses dengan kisah peribadi baginda lebih-lebih lagi melibatkan pasangan hidup.
Sama2 kita doakan yang terbaik buat baginda
Amaran diberi, harap mana2 pihak yang suka ‘ship2’ tu faham
Semoga kita sama-sama dapat menghormati baginda yang merupakan pewaris tampuk pemerintahan beraja di Negeri Pahang.
Sumber: Instagram this.7
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source