Isteri hidap PCOS hamil, suami menangis dapat tahu bakal timang zuriat
Seorang isteri yang menghidap Sindrom ovari polikistik atau PCOS telah berkongsi berita kehamilannya sehingga suami menangis dapat tahu bakal timang zuriat.
Perkongsian yang dibuat oleh pengguna TikTok dikenali sebagai Syirakamanshah itu telah menyentuh hati ramai lebih-lebih lagi buat pejuang dua garis.
@syirakamanshah Alhamdulillah. Dengan izin Allah…2 tahun lebih kami menunggu buah hati pertama kami hadir dalam rahimku…kite PCOS…diet… exercise… melekat. Saya doakan anda semua dikurniakan zuriat yang soleh & solehah 🤲🏻✨ Alhamdulillah #ttc #ttcjourney #pcosfighter #firstbaby @SK Diecast
Suami menangis, dua tahun usaha nak timang anak
Menurut wanita tersebut di ruangan kapsyen, mereka suami isteri sudah dua tahun menanti kehadiran zuriat dan pelbagai usaha telah dilakukan.
Ujarnya, disebabkan mempunyai masalah PCOS, dia perlu menurunkan berat badan serta melakukan senaman bagi memudahkan urusan kehamilan.
Suami menangis, berulang kali tanya betul ke?
Dapat dilihat dengan jelas suami tersayang begitu sebak sehingga berulang kali bertanyakan kesahihan kerana tidak percaya mendengar berita gembira terbabit.
Ahli keluarga yang lain juga begitu teruja apabila alat ujian kehamilan ditunjukkan kepada mereka selepas keputusan diperoleh adalah positif.
Artikel lain: Lima tahun menunggu, Kieda Crepe umum hamil anak ketiga-” Selepas ujian rumah dipecah..”
Ramai yang sebak tonton video
Perkongsian yang dibuat oleh Syirakamanshah telah mendapat pelbagai maklum balas daripada warganet.
Rata-rata tumpang gembira dengan khabar gembira daripadanya yang bakal menimang cahaya mata sendiri.
Ada juga yang berkongsi cerita tentang penantian zuriat mereka walaupun telah bertahun-tahun berkahwin serta mendoakan supaya sama-sama memperoleh cahaya mata yang diimpikan.
Ramai rupanya yang sedang menanti zuriat sendiri
Minta doakan agar sama2 peroleh zuriat
Ada yang kongsi cerita hampir sama
Sebagai info, PCOS merupakan satu sindrom yang boleh memberi kesan kepada kitaran haid, kesuburan dan rupa fizikal seseorang wanita yang mengidapinya.
Pesakit PCOS akan menghadapi masalah kitaran haid yang tidak menentu disebabkan ketidakseimbangan hormon dalam badan dan ini boleh menjejaskan kesuburan pesakit.
Sumber: TikTok Syirakamanshah
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source