Ustaz Tido akui tiada tauliah mengajar, kongsi penjelasan isu lihat gerak bibir
Ustaz Tido akui tiada tauliah mengajar agama dan berkongsi video penjelasan berkaitan isu mahu melihat gerak bibir seorang wanita dengan alasan memperbetulkan bacaan surah al-Fatihah yang telah menjadi perdebatan di media sosial sejak beberapa hari kebelakangan ini.
Mahu tahu sebutan makhraj huruf
Menerusi perkongsian Ustaz Tido, dia telah memuat naik video penjelasan dari seseorang yang menyatakan tindakan dilakukan itu ada betulnya kerana ia berkaitan dengan cara membaca surah al-Fatihah dengan betul.
Dalam video tersebut, pihak yang menjelaskan memberitahu bahawa cara berkenaan memang ada memandangkan perlu untuk mengetahui makhraj huruf yang betul bagi memastikan bacaan surah tepat.
@ustaztidopemurah Isu nak tengok bibir/mulut anak murid yg naik kotak..
“Sebenarnya apa yang ustaz cakap itu betul. Sebab kita nak tengok bibir tu bukannya sebab kita fikir benda yang lain, sebenarnya tak, kita nak tengok makhraj huruf.
“Ada satu visual yang berkaitan dengan mulut tu, kita nak tengok tempat keluar makhraj tu, tempat keluar sebutan huruf, so jangan salah faham.
“Sebab saya belajar dulu pun macam tu juga. So, kita kena clear lah dekat situ,” ujar individu berkenaan sambil disetujui oleh Ustaz Tido.
Ustaz Tido akui tiada tauliah, belajar setakat sekolah agama biasa
Dalam pada itu, dia juga mengaku bahawa tidak mempunyai tauliah mengajar agama dan hanya belajar setakat sekolah agama biasa.
Walau bagaimanapun, dia memaklumkan akan berusaha mendapatka tauliah mengajar kerana tetap akan berdakwah dan mengajar al-Quran buat para pengikutnya.
Artikel lain: Netizen persoal ustaz TikTok paksa wanita buka kamera, mahu betulkan bacaan al-Fatihah
Ustaz Tido akui tiada tauliah, mahu tukar nama ke Bro Tido
Ustaz Tido juga menyatkan dirinya mahu menukar nama panggilan ke Bro Tido berbanding Ustaz Tido kerana belum mempunyai tauliah serta tidak belajar agama hingga ke menara gading.
Namun begitu, dia telah memaklumkan maksud disebalik kata TIDO itu yang merupakan singkatan kepada Taklim Iman Dakwah Orang.
Sebelum ini, Ustaz Tido telah menjadi perbualan ramai apabila meminta berulang kali seorang wanita membuka kamera sewaktu bersiaran langsung di TikTok dengan alasan mahu melihat gerakan bibir sewaktu menyemak bacaan ayat surah al-Fatihah.
Perkara tersebut telah menjadi perdebatan ramai kerana rata-rata tidak bersetuju dengan caranya lebih-lebih lagi ketika berinteraksi dengan wanita yang bukan mahram walaupun ditonton ramai di platform berkenaan.
Sumber: TikTok ustaztidopemurah
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source