Apa Ada Di Antartika? – The Patriots
Mungkin tak ramai tahu, Antartika dikuasai oleh lebih 30 negara yang diikat oleh Sistem Perjanjian Antartika 1959. Walaubagaimanapun, apa yang ada di Antartika yang boleh kita kagumkan?
Semestinya Aurora!
Pernah tak anda tengok cahaya berwarna-warni di langit kutub Bumi? Itulah Aurora. Aurora ni ialah fenomena semulajadi di mana cahaya biru, merah, kuning, hijau dan oren berkelipan di langit.
Terdapat dua jenis Aurora: Aurora Borealis (cahaya utara) dan Aurora Australis (cahaya selatan). Aurora borealis biasanya kelihatan di kawasan utara dekat Lingkaran Artik, manakala aurora australis kelihatan di kawasan selatan dekat Lingkaran Antartik. Dalam kes Antartika, kita dapat lihat Aurora Australis di sana.
Aurora berlaku apabila elektron atau proton daripada Matahari bertembung dengan atom Oksigen atau Nitrogen di lapisan atas atmosfera. Partikel dari Matahari ini dilepaskan dalam bentuk angin atau ribut suria atau anda mesti kenal sebagai “Solar Storm.”
Apabila partikel bertembung dengan atom, tenaga dipindahkan ke atom dan menyebabkan atom berada dalam keadaan kurang stabil.
Untuk kembali ke keadaan stabil, atom melepaskan tenaga dalam bentuk cahaya. Proses ini menyebabkan setiap atom menghasilkan warna cahaya yang berbeza.
Aurora berlaku di kutub Bumi kerana partikel bercas elektrik daripada Matahari dipengaruhi oleh medan magnet Bumi.
Bumi mempunyai medan magnet yang membentuk magnetosfera yang melindungi dan mengarahkan partikel ini ke kutub magnetik Bumi sekaligus menyebabkan aurora untuk terbentuk.
Sebenarnya disebabkan perjanjian pada 1959, Antartika menjadi kawasan larangan untuk aktiviti ketenteraan, perlombongan, letupan nuklear dan pelupusan sisa nuklear.
Jadi, apa yang dibenarkan disana ialah seperti pelancongan, penangkapan ikan dan penyelidikan. Pada musim panas, kira-kira 5,000 orang tinggal di stesen penyelidikan dan jumlah ini berkurang kepada sekitar 1,000 pada musim sejuk.
Walaupun Antartika terpencil, aktiviti manusia di seluruh dunia sebenarnya memberi kesan besar kepada Antartika seperti pencemaran, penipisan ozon dan perubahan iklim.
Pencairan lapisan ais di Antartika boleh menyebabkan kenaikan paras laut yang tidak menentu dan mempengaruhi iklim serta produktiviti Lautan Selatan.
Silap haribulan kalau terlalu teruk jadinya, tempat kita tinggal sekarang pun nanti akan tenggelam dalam air.
Oleh: Azizul Farhan
___
ANGKASARAYA: KEJADIAN AGUNG bakal membawa anda terbang mengembara ke angkasa lepas untuk faham tentang teori kerelatifan, lohong hitam dan banyak lagi! Dapatkan di Shopee kami sekarang!
https://s.shopee.com.my/A9vU5uZ2DG
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source