Scammer didakwa guna AI suara Siti Nurhaliza, minta sejumlah wang untuk tebus hadiah
Scammer didakwa guna AI suara Siti Nurhaliza bagi membuatkan orang ramai terpedaya demi mengaut keuntungan peribadi.
Pendedahan itu dikongsikan oleh penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi sebuah hantaran video di Instagram, hari ini.
Scammer didakwa guna AI suara Siti Nurhaliza
Melalui perkongsian itu, dipaparkan individu yang didakwa menyamar sebagai Siti dan menghantar mesej melalui aplikasi WhatsApp sebelum menghubungi mangsa dengan menggunakan suara hasil janaan AI.
Malah, sesi ‘live’ yang pernah dikendalikan Siti disunting untuk menjadikan taktik penipuan mereka lebih realistik.
“Mereka akan menyamar membuat video call sebagai Dato’ Siti dan akan meminta anda bank in sejumlah wang kononnya untuk menebus hadiah atau wang daripada pihak Dato’ Siti.
“Ini semua adalah scam ya! Jangan ada yang terpedaya,”tulisnya.
Jangan percaya, palsu!
Siti Nurhaliza meminta orang ramai tidak terpedaya dengan taktik ‘scammer’ yang didakwa menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi meniru suara dan wajahnya.
Penyanyi asal Pahang itu meluahkan rasa kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab individu berkenaan.
“Palsu! Jangan percaya ‘scammer’! Ini adalah salah satu contoh kes cubaan menipu menggunakan nama, akaun media sosial yang ada nama dan gambar saya. Siap letak suara Al untuk yakinkan orang ramai. Selebihnya, ambil mana-mana video ‘live’ saya dengan tujuan hendak perangkap supaya orang percaya.
“Tolong sampaikan, sebar, nasihat dan maklumkan kepada kaum keluarga, sahabat handai dan rakan-rakan anda bahawa saya tidak pernah membuat pertandingan atau dengan tujuan memberi wang tunai kepada sesiapa. Jangan terpedaya apabila terima mesej, panggilan video dan sebagainya,” katanya.
Artikel lain: Wanita dihempap kayu balak akan jalani pembedahan, buang sebelah buah pinggang
Siti turut meminta warga emas agar lebih berhati-hati kerana mereka cenderung menjadi golongan sasaran pihak tidak bertanggungjawab.
“Sudah banyak kes penipuan menggunakan nama Siti. Saya sangat berharap agar semua pihak berhati-hati kerana ‘scammer’ mencari sasaran orang yang berusia (warga emas) untuk memperdaya dengan tawaran hadiah wang tunai… Mereka sebenarnya penipu!” tegasnya.
Sumber: Instagram ctdk
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source