Biar anak tidur di koridor flat, bapa dakwa -“Dah bagi kunci, tapi dia tak nak masuk”
Sebelum ini, tular sebuah hantaran didakwa ibu bapa biar anak tidur di koridor flat di Pasir Gudang, Johor selama empat hari sehingga mengundang kemarahan ramai di media sosial.
Apa yang membangkitkan kemarahan apabila seorang penduduk yang juga jiran kepada keluarga itu mendakwa remaja yang diabaikan kedua-dua ibu bapanya telah berdepan situasi itu sejak lebih setahun lalu.
Biar anak tidur di koridor flat, bapa mengaku salah
Terbaharu, bapa kepada remaja lelaki berusia 14 tahun itu mendakwa dia telah memberikan kunci, namun anaknya enggan mahu masuk ke rumah.
Roslan Abas bagaimanapun mengaku bersalah atas dakwaan mengabaikan anak remaja lelakinya dengan membiarkan tidur di kaki lima rumah selama dua hari.
Tertuduh berusia 56 tahun itu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan itu yang didakwa dilakukan di sebuah rumah flat dekat Pasir Gudang antara jam 10 malam, 7 Julai hingga 8 pagi, 9 Julai lalu.
“Saya ada bekalkan kunci, tetapi dia tidak mahu masuk. Tak mengapalah, saya faham, saya mengaku salah sahajalah,”katanya.
Foto NSTP/Izz Laily Hussein
Anak tak dengar kata
Ketika dibenarkan mahkamah untuk memberi penjelasan, Rosla yang merupakan pengutip barang lusuh itu berkata, apa yang berlaku adalah benar. Namun anak lelakinya itu seorang yang tidak mendengar kata.
“Dia (mangsa) suka macam itu, tidak boleh dipukul, saya cakap tidak mahu dengar. Setiap malam saya tidur lewat, tetapi saya selalu intai ke luar, dia tiada pun di depan rumah,”katanya lagi.
Hakim Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim bagaimanapun menolak pengakuan bersalah tertuduh selepas berpendapat ia dibuat dengan bersyarat.
“Pengakuan bersalah perlulah dibuat tanpa syarat dan tertuduh perlu mengakui fakta kes. Jika begini, kes akan dibicarakan dan mahkamah beri peluang pada kamu untuk buktikan kamu tidak bersalah,”menurut Hakim.
Bagi pertuduhan itu, Roslan didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta yang sama.
Artikel lain: Kongsi video menari ketika mandi, Nonny Nadirah tegaskan jual produk bukan badan
Tertuduh berdepan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Sementara Timbalan Pendakwa Raya Sharifah Natasha Syed Ahmad kemudian menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin berserta tiga syarat tambahan.
“Pendapatan saya tidak menentu, kadang-kala cecah RM1,000, kadang-kala tidak sampai. Tanggungan cuma berempat termasuk dia (mangsa anak kedua daripada dua beradik),”ujar Roslan.
Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 serta syarat tambahan tidak boleh mengganggu saksi.
Kes ditetapkan untuk sebutan semula kes untuk lantikan peguam dan serahan dokumen pada 29 Julai ini.
Sumber: BH Online (Izz Laily Hussein)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source