Letak racun tikus dalam makanan, Rita Rudaini selar podcast kisah budak asrama
Pelakon Rita Rudaini selar sebuah podcast yang menjemput seorang bekas pelajar bermasalah untuk berkongsi perbuatan kejinya ketika di sekolah menengah.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh aktres yang berusia 48 tahun itu, dia berasa hairan sikap wanita terbabit yang seakan bangga menceritakan kisah ‘nakalnya’ sewaktu menjadi penghuni asrama di sekolahnya.
Difahamkan, wanita yang merupakan bekas ketua dewan makan di asrama tersebut pada ketika itu memberitahu pernah meletakkan sejenis cecair yang dikenali sebagai julap ke dalam makanan bagi meracuni pelajar asrama lain dan misi tersebut berjaya dilaksanakan.
Tidak cukup dengan itu, wanita tersebut sekali lagi membuat ‘onar’ dengan mencampurkan racun tikus dalam botol kicap namun, perbuatannya itu gagal selepas berjaya dihidu oleh warden asrama.
Kedua-dua tindakan itu dilakukan kerana membantu seorang pelajar perempuan untuk mendapatkan gelaran ‘sister’.
Rita Rudaini selar
Artikel lain: “Jangan fikir tak mahu cerai sebab kesian pada anak..” – Rita Rudaini
Susulan itu, Rita berpendapat podcast tersebut tidak sepatutnya didedahkan kepada orang ramai memandangkan perkara yang dikongsikan tidak sesuai untuk generasi pada masa kini.
“Dengan rasa bangga bercerita, kali kedua buat pula tu..yang interview pun tak rasa ke tak perlu kot. Interview macam cerita tu kelakar pula.
“Podcast macam ini akan ditonton oleh pelajar yang pendek akal macam perempuan ni dan apa jadi?
“Saiko betul, seronok, gelak-gelak cerita. Untuk bagi pengajaran kat orang tapi interview ni jadi macam sensitif. Racun tikus kot bukan madu yang nak gelak-gelak. Kenapa dengan orang sekarang ye?” ujarnya.
Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata tersebut menitipkan nasihat kepada umum terutamanya golongan muda untuk lebih berhati-hati dalam memilih isu untuk diulaskan.
Rita Rudaini selar
“Untuk adik-adik yang baru nak up yang teringin nak buat podcast, interview apa sahaja isu-isu tolong lah berilmu.
“Kalau kata tak cerdik, nak marah merentan macam budak kecil. Sebab itu kalau filem ke drama ke kita ada kategori macam seram, komedi, romantik dan lain-lain.
“Jadi kalau cerita tu cerita seram kan nak pergi letak dalam kategori komedi atau pun dokumentari agak-agak lah. Kalau topik sedih, suspense nak gelak-gelak niat kita asal nak bagi pengajaran pada orang tapi tak sampai.
“Kalau budak-budak yang tak ada akal macam perempuan tu tengok? ‘Eh macam best jugak ni kena cuba letak racun dalam botol kicap, gempak kot!’
“Dengar cerita gelak-gelak macam ‘seronok’ sangat ni, satu lagi ada yang konon santai-santai tapi bahasa ‘sial dow’, ‘gempak sial’ dan entah apa-apa lah.
“Yang tengoknya budak-budak. Santai-santai lah juga tapi biar nampak berilmu dan bagi impak yang bagus untuk anak-anak muda dan orang tua,” katanya lagi.
Sumber: YouTube @Ashhrapp Channel, Instagram @Rita Rudaini
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source