Rakan Nur Farah Kartini harap pelaku dikenakan hukuman setimpal -“Kau ambil nyawa anak orang..”
Rakan Nur Farah Kartini harap pelaku sebenar yang terlibat dalam kes pembunuhan wanita berusia 25 tahun itu dikenakan hukuman setimpal atas apa yang telah berlaku.
Hari ini, suspek lelaki berusia 26 tahun tiba di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu bagi permohonan reman.
Artikel lain: Nur Farah Kartini ditemui tidak bernyawa, dilaporkan hilang selepas hantar kereta sewa
Suspek yang merupakan penjawat awam tiba kira-kira pukul 8.53 pagi dengan menaiki kenderaan polis dan dilihat memakai pelitup muka dan memakai baju lokap polis berwarna oren.
Permohonan reman dijangka dibuat di hadapan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.
Rakan Nur Farah Kartini harap pelaku dikenakan hukuman setimpal
Sementara itu, di media sosial, rakan-rakan kepada Nur Farah Kartini Abdullah berharap agar pelaku dikenakan hukuman setimpal atas tindakan yang telah dilakukan.
Tegas mereka, tindakan tersebut adalah wajar kerana pelaku telah membunuh Nur Farah Kartini yang disifatkan sebagai rakan yang baik.
“Tolong lah bagi hukuman setimpal. Kau ambil nyawa anak orang kot. Ada keluarga dia tengah tunggu dia. Ada kawan kawan yang sayang dia,”ciap @puterizaira di platform X.
Semalam, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan mayat Nur Farah Kartini ditemui di sebuah ladang kelapa sawit, di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor kira-kira pukul 6 petang.
Pemeriksaan awal mendapati, mayat terbabit dipercayai adalah mangsa yang dilaporkan hilang berkait report (OH) bersangkut Tanjung Malim pada 11 Julai lalu.
Nur Farah Kartini yang berasal dari Miri, Sarawak dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggannya di Taman Universiti, Tanjung Malim Perak.
Kali terakhir mangsa dilihat memakai baju korporat muslimah warna biru jeans, bertudung dan berseluar hitam.
Sumber: X puterizaira, Instagram Astro Awani
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source