Adira mahu jaga pandangan & hati, ‘unfollow’ bekas suami tapi masih baik
Penyanyi, Adira mahu jaga pandangan dan hati apabila memilih untuk tidak lagi mengikuti bekas suami, Datuk Red atau nama sebenarnya, Adnan Abu di media sosial.
Supaya hubungan terus baik
Menerusi laporan dari Mstar, Adira atau nama sebenarnya, Siti Adira Suhaimi, 32 memaklumkan tindakan tersebut dibuat demi memastikan agar hubungan baik antara mereka berterusan.
“Sebenarnya ia untuk menjaga pandangan, hati dan mata sahaja. Ia bagus supaya hubungan kami akan sentiasa baik.
“Saling tidak mengikuti di media sosial ini tidak bermakna kami bergaduh sebab kami akan berjumpa juga kerana dia bapa kepada anak-anak kami.
“Cuma hubungan kami sudah bertukar menjadi orang ‘luar’,” katanya.
Adira mahu jaga pandangan, enggan ambil pusing kecaman netizen
Dalam pada itu, penyanyi kelahiran Sabah ini menyatakan enggan mengambil pusing berkenaan kecaman netizen tentang kemesraan bersama bekas suami sepanjang masih dalam idah kerana ia tidak mendatangkan faedah untuk mereka.
Dia juga mengakui tidak keberatan untuk terus bekerjasama dengan Datuk Red lebih-lebih lagi melibatkan urusan perniagaan.
:Saya tak ambil pusing dengan komen-komen netizen, hubungan kami masih baik kadang kala terlebih gurau itu biasa.
“Ketika itu dalam tempoh idah, saya tahu dia boleh balik rumah dan siapalah saya untuk menghalang perkara itu… hubungan kami baik sahaja sebagai rakan.
“Bila sudah habis idah ada pula jarak yang kami perlu jaga. Kami sudah ada kehidupan masing-masing saya,” kongsinya.
Artikel lain: Adira Suhaimi malas nak bercinta & bazir duit, beri bayangan mahu rujuk Datuk Red?
Adira mahu jaga pandangan & hati, pindah rumah tak lama lagi
Dia juga menafikan dakwaan mahu berpindah daripada kediaman yang diduduki sekarang kerana mahu melarikan diri daripada Adnan.
Ujarnya, kediaman baru nanti masih lagi berdekatan dengan rumah yang ditempati kini dan perpindahan tersebut dibuat kerana mempunyai sedikit masalah dengan pemilik rumah.
Sekadar info, Adira dan Datuk Red telah sah bercerai talak satu di 24 April lalu.
Pada 15 Julai tempoh hari, usahawan berkenaan telah memaklumkan yang tempoh idah Adira sudah tamat dan tindakan tersebut dibuat bagi mengelakkan fitnah antara mereka.
Sumber: Mstar (Maszuhaira Sarimin)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source