Marrybrown kembali dengan cita rasa Korea, kelazatan Ayam Gangjeong menanti anda!
Rangkaian restoran makanan segera halal Malaysia, Marrybrown kini kembali dengan cita rasa Korea yang dinanti-nantikan iaitu Ayam Gangjeong dan Burger Ayam Gangjeong, dengan roti berwarna merah yang melambangkan kehangatan sos Gangjeong!
Malah, Marrybrown®️ juga menampilkan Kimchi Rice Bowl yang pasti melazatkan untuk melengkapi hidangan Ayam Gangjeong dengan sempurna.
Kelazatan Ayam Gangjeong menanti anda!
Bagi mereka yang mahu lebih kenikmatan rasa Gangjeong, sos Ganjeong tersedia sebagai menu tambahan sekali gus memberi gabungan rasa manis, pedas, dan masam yang menyelerakan untuk kepuasan setiap hidangan.
Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown, Daniel Chan berkata, menu Korea telah menarik ramai masyarakat di seluruh dunia termasuk Malaysia sejak bertahun-tahun yang lalu.
“Dengan perkembangan Hallyu di Malaysia, Marrybrown mengambil kesempatan ini untuk mengejutkan pelanggan kami dengan mengembalikan semula menu kegemaran ini.
“Hidangan Gangjeong Marrybrown menggabungkan ciri-ciri tempatan dengan cita rasa makanan Korea yang pasti menarik minat rakyat Malaysia,” katanya.
Terdapat tiga menu disediakan antaranya adalah Kombo Kimchi Rice Bowl dengan harga bermula dari RM13.90, manakala Kombo Burger Ayam Gangjeong yang mengandungi Burger Ayam Gangjeong serta Kentang Goreng pula bermula pada harga RM17.50.
Bagi Kombo Ayam Gangjeong pula ditampilkan dengan empat ketul Ayam Gangjeong dan Kentang Goreng, dan ia boleh didapati pada harga bermula dari RM 18.50.
Setiap kombo disempurnakan dengan segelas Strawberry Fizz dan bagi mereka yang ingin mencuba setiap hidangan, Gangjeong Chicken Box Meal adalah pilihan yang terbaik iaitu set sajian Ayam Gangjeong dan Burger Ayam Gangjeong, Kentang Goreng, dan segelas Strawberry Fizz, harga bermula dari RM 24.50.
Bukan itu sahaja, Cheese Sticks boleh ditambah dengan pembelian hidangan kombo, bermula dari RM 6.50 dan anda juga boleh menikmati pencuci mulut terbaharu, Strawberry Custard Pie dengan harga tambahan.
“Kami teruja untuk melancarkan semula menu istimewa ini untuk pelanggan Memang Best kami. Sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi telah membolehkan kami mempertahankan tradisi Marrybrown bagi menawarkan ‘sesuatu yang berbeza’ dan lazat.
“Kami berharap pelanggan kami akan menikmati hidangan cita rasa Korea ini dan kami akan terus berusaha untuk mencipta banyak lagi hidangan yang inovatif dan menggamit selera,” ujarnya.
Untuk rekod, Marrybrown memiliki berjuta-juta pelanggan melalui lebih daripada 500 buah restoran di 16 buah negara dengan penyediaan standard kualiti, servis, kebersihan dan nilai tertinggi untuk pengalaman pemakanan yang sempurna.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai Marrybrown, orang ramai boleh melayari laman web, media sosial dan aplikasi Marrybrown Malaysia.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source