Abang Farah Kartini mohon doakan roh adik -“Pengebumian sudah pun selesai”
Abang Farah Kartini mohon doakan roh adiknya di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman seusai proses pengebumian jenazah dilaksanakan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nyiur Manis, Bentan, Pekan, Pahang.
Abang Farah Kartini bersyukur semua selesai
Memetik laporan dari Kosmo! Mohd. Farriza Azmi, 28, mewakili ahli keluarga meluahkan rasa syukur kerana urusan pengebumian jenazah Nor Farah Kartini Abdullah, 25 berjalan lancar dan dipermudahkan.
“Kita bersyukur sudah sampai sini dan pengebumian pun sudah selesai. Kita bersyukur sangat. Saya minta doakan adik saya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” katanya.
Artikel lain: Isteri suspek menangis tiap hari, emosi terganggu tak dapat bekerja -Abang ipar
Abang Farah Kartini maklum pengebumian di Pekan bagi memudahkan urusan
Dia juga menjelaskan bahawa pengebumian dilakukan di kampung isterinya berikutan mahu memudahkan urusan pengebumian dan menzahirkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang membantu sehingga semuanya selesai.
Difahamkan, jenazah bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu telah selamat dikebumikan kira-kira jam 5.2o petang dan bacaan talkin selesai sekitat jam 5.40 sebelum semua bersurai.
Terdahulu, Farah Kartini telah dilaporkan hilang pada 10 Julai 2024 selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan di Perak.
Namun, pada Isnin lalu, mayat allahyarham telah ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang dekat Felda Gedangsa, Hulu Selangor kira-kira jam 6 petang.
Susulan daripada itu, seorang anggota polis berusia 26 tahun telah direman bagi membantu siasatan berhubung kematian allahyarham.
Sumber: Kosmo! (Nurhafizan Zulkifli)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source