Dituduh Tidak Bayar Gaji Pekerja Oleh Seorang Individu Tidak Dikenali, Intan Najuwa Ambil Tindakan Undang-undang
Geisha adalah satu imej yang paling ikonik yang dikaitkan dengan Jepun. Tapi seperti kita sedia maklum, bukan semua orang mampu untuk melihat persembahan ekslusif golongan ini yang boleh tahan mahalnya.
Namun, kini ia bukan lagi mustahil untuk yang teringin untuk melihat sendiri keunikan persembahan Geisha.
Mulai Mac ini, pelancong yang datang ke Jepun hanya perlu membeli tiket kereta api Nagaragawa untuk menikmati persembahan Geisha sepanjang perjalanan tersebut.
Para penumpang bakal dihiburkan dengan tarian tradisional oleh wanita disebut Maiko. Bukan itu sahaja malah mereka turut dihidangkan dengan kotak makanan yang berisi hidangan tradisional Jepun.
Perkhidmatan Maiko di dalam kereta api Jepun ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang baharu kerana layanan tersebut pernah juga dilakukan sekitar tahun 2017, namun dihentikan pada 2 tahun lepas.
Bulan depan, ada beberapa pakej pilihan perjalanan yang ditawarkan kepada pelancong, antaranya ‘Obento Plan’ yang akan berlepas dari Stesen Seki serta berakhir di Stesen Gujo-Hachiman.
Penumpang yang memilih pakej ini juga akan diberikan kotak makan tengah hari dari restoran Jepun di Mino.
Manakala pakej kedua yang ditawarkan adalah ‘Horoyoi Plan’ iaitu perjalanan yang berlepas dari Stesen Gujo-Hachiman hingga ke Stesen Seki, namun penumpang hanya diberikan minuman serta makanan ringan sahaja.
Kedua-dua pakej berkenaan masing-masing berharga 9,300 yen atau RM355 untuk dewasa.
Jika ingin memilih untuk kedua-dua pakej pergi dan balik tersebut, penumpang bakal ditawarkan dengan potongan harga istimewa iaitu 15,900 yen.
Kereta api yang dilengkapi dengan khidmat Maiko itu akan beroperasi pada 1, 15, 20 dan 25 Mac ini serta boleh memuatkan kapasiti seramai 25 penumpang.
Setiap pakej yang dijual turut diberikan one-day-pass yang membolehkan penumpang menukar kepada perkhidmatan kereta api biasa di Stesen Mino-Ota dan Seki.
Selain mendapat layanan istimewa di dalam kereta api, penumpang Nagaragawa juga bakal menikmati pemandangan indah sepanjang menelusuri Sungai Nagara.
Jom korang, bukan senang nak tunggu peluang tengok Geisha ni.
Sumber: The Asahi Shimbun
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source