Polis cari bahan bukti di kebun ubi diusahakan suspek
Sebuah kebun ubi diusahakan suspek kes Farah Kartini yang terletak di Kampung Klan Halt dekat Slim River telah menjadi tumpuan pasukan forensik dan siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mencari bahn bukti berhubung pembunuhan melibatkan bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Suspek kes Farah Kartini nafi kebun miliknya
Memetik laporan dari Buletin TV3, Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus memaklumkan yang kebun ubi tersebut telah diusahakan suspek yang berusia 26 tahun secara sambilan.
Walau bagaimanapun, suspek menafikan bahawa kebun terbabit adalah miliknya.
“Memandangkan siasatan masih lagi berjalan, kita tidak boleh menjelaskan (soalan lain) dengan lebih lanjut lagi.
“Tunggu Ketua Polis Selangor (Datuk Hussein Omar Khan) membuat kenyataan rasmi,” katanya.
Artikel lain: Suspek kes Farah Kartini seorang anggota polis, kini bertugas di Perak
Polis juga siasat kereta suspek Farah Kartini
Dalam pada itu, Mohd Asri juga memaklumkan yang pihak polis sudah menjalankan siasatan di Kebun Ubi berkenaan dan telah pulang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor bagi menganalisa kereta jenis Toyota Vios milik suspek pula.
“Pada masa sama, analisa juga akan dilakukan ke atas kad sim telefon bimbit milik suspek,” katanya.
Pencarian bahan bukti tambahan belum dapat dilakukan di Sungai Trolak
Selain itu, beliau turut memaklumkan yang pemantauan IPD Muallim di Sungai Trolak mendapati keadaan sungai tidak mengizinkan untuk pasukan penyelam meneruskan pencarian bahan bukti tambahan kes Farah Kartini itu.
Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan tentang penemuan beg tangan mangsa yang berusia 25 tahun ketika operasi pencarian bahan bukti dilakukan.
Telefon pintar mangsa juga ditemui dibuang di dalam parit ladang kelapa sawit Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, lokasi sama mayat ditemui pada Isnin lalu kira-kira jam 6 petang.
Susulan daripada itu, seorang anggota polis berusia 26 tahun telah ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan tersebut dan disiasat mengikut Seksyen 302 kanun keseksaan.
Sumber: Buletin TV3
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source