Ibu terduduk lemah, sayu tatap jasad anak terbaring kaku bertembung kereta
Tular di platform X memaparkan seorang ibu terduduk lemah dan sayu menatap jasad anaknya terbaring kaku akibat motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta, semalam.
Difahamkan, kejadian itu berkenaan berlaku di Jalan Sasaran, Kampung Bukit Kuching, Kuala Selangor.
Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintenden Mohd Ambia Nordin berkata, mangsa yang berusia 17 tahun itu dipercayai sedang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC dalam kejadian kira-kira jam 7.20 pagi.
“Siasatan dijalankan mendapati kereta jenis Perodua Axia dipandu seorang lelaki dalam perjalanan dari Kampung Bukit Kuching menuju Kuala Selangor memotong sebuah kenderaan lain yang berada di hadapannya.
“Kereta itu kemudian bertembung dengan motosikal ditunggang mangsa,” ujarnya.
Artikel lain: Keluarga minta individu fitnah Nur Farah Kartini hamil anak luar nikah minta maaf – “Kami terkesan..”
Ambia berkata, mangsa tercampak ke sebelah kiri jalan ketika kemalangan berlaku.
“Mangsa yang mengalami kecederaan parah itu kemudiannya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tanjung Karang untuk proses bedah siasat dan kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Ibu terduduk lemah, tunggu anak balik beli sayur
Namun, apa yang menyayat hati ramai apabila seorang pengguna X mendakwa dirinya penduduk kampung berkenaan memberitahu arwah dalam perjalanan pulang daripada membeli sayur di pekan.
Menurutnya, ibu arwah menjalankan perniagaan katering dan sedang menunggu kepulangan anak lelakinya pada pagi itu.
“Saya orang kampung. Motor (arwah) ni dari pekan baru beli sayur. Maknya niaga katering.
“Jalan ni dari pekan memang lurus je. Kesian mak arwah, tunggu-tunggu arwah, sekali dah meninggal,”ciapnya.
Arwah anak baik, rajin tolong mak
Katanya lagi, arwah yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini merupakan seorang anak yang rajin membantu ibunya.
Bagaimanapun, apa yang membuatkan dia kecewa adalah pemandu kereta Axia tersebut mendakwa dia sudah terlambat pergi kursus kahwin dan motor ditunggang arwah tidak lepas memotong keretanya.
Al-fatihah buat arwah. Moga ditempatkan dalam kalangan para syuhada dan harap si ibu serta ahli keluarga kuat menghadapi dugaan kehilangan orang tersayang.
Sumber: X cponghazmil
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source