Diet Paleo: Apa Sebenarnya Yang Dimakan Oleh Orang Zaman Batu?
Pernahkah kalian terfikir, sebelum manusia Zaman Batu kenal dan memahami ilmu pertanian, apa jenis makanan yang mereka makan ketika itu? Soalan ini apabila diajukan, sudah pasti jawapan stereotaip yang kita dapat adalah manusia purba memburu haiwan besar dan makan dagingnya. Namun, dalam kajian terbaharu yang telah diterbitkan dalam Jurnal Nature Ecology & Evolution, para saintis mendapati bahawa daging bukanlah sumber utama dalam diet mereka, tetapi tumbuhan!
Penyelidikan ini dijalankan terhadap kumpulan pemburu-pengumpul yang dipanggil Iberomaurusians, di gua Taforalt, di sebuah kawasan di Maghribi. Saintis buat analisis bagi tinggalan kimia pada tulang dan gigi kumpulan ini dan mendapati bahawa daging bukan sumber utama bahan makanan mereka.
Analisis menunjukkan kumpulan Iberomaurusians ini yang menjadi pemburu sebenarnya menjadikan tumbuhan liar sebagai diet utama mereka, sekaligus mengubah persepsi biasa yang kita tahu tentang daging sebagai makanan mereka. Sampel gigi yang dianalisis ini juga tunjukkan bahawa adanya kaviti pada gigi, yang berkemungkinan disebabkan oleh pengambilan ‘tumbuhan berkanji’ seperti bijirin liar atau acorn dalam diet mereka.
Meskipun begitu, kajian ini juga menyatakan yang kumpulan ini bukan kumpulan vegetarian yang tegar. Dan peningkatan dalam pengambilan sumber tumbuhan ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti kehadiran tumbuhan yang boleh dimakan yang lebih banyak serta kekurangan spesies haiwan buruan besar.
Analisis yang kumpulan saintis ni jalankan dinamakan isotop, iaitu analisis terhadap unsur-unsur termasuk karbon, nitrogen, zink, sulfur, dan strontium dalam sisa-sisa yang boleh menunjukkan jenis dan jumlah tumbuhan serta daging yang mereka makan. Dan hasil yang ditemui menunjukkan sisa-sisa itu daripada pelbagai sumber tumbuhan liar yang boleh dimakan termasuk buah ek manis, kacang pain, pistachio, oat, dan kekacang yang dipanggil kacang polong.
Satu lagi penemuan yang menarik daripada kajian ini adalah ada sedikit bukti yang tunjukkan kemungkinan kumpulan Iberomaurisians ini juga ambil makanan laut atau makanan air tawar. Malah, kumpulan ini mungkin telah memperkenalkan tumbuhan liar ke dalam diet bayi mereka pada peringkat lebih awal daripada yang dipercayai sebelum ini.
Kesemua hasil kajian ini sedikit sebanyak telah mengubah tanggapan bahawa sebenarnya diet orang Zaman Batu ini hanyalah daging semata-mata. Ini menunjukkan bahawa makanan berasaskan tumbuhan adalah sangat penting. Walaupun daging adalah sebahagian daripada diet mereka, penemuan ini mendedahkan strategi kompleks mereka yang menggunakan pelbagai sumber.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source