Remaja tak malu diejek ada ibu bapa bisu, bersyukur masih ada insan tercinta
Seorang remaja tak malu diejek ada ibu bapa bisu apabila terdapat segelintir individu cuba mempermainkan kekurangan orang tuanya itu.
Dia dikenali Muhammad Nabil Mohd Nazrol berkata, meskipun orang luar memandang serong akan kekurangan orang tuanya, namun mereka tetap sempurna di matanya.
“Biar apa pandangan orang lain, emak dan ayah tetap sempurna di mata saya,”ujar Nabil.
Remaja tak malu diejek ada ibu bapa bisu
Muhammad Nabil berkata, sejak sekolah rendah sehingga sekarang, terdapat segelintir individu cuba mempermainkan kekurangan ibu bapanya.
Bagaimanapun, dia bersyukur dan tidak malu kerana masih memiliki serta mendapatkan kasih sayang daripada ibu bapanya.
“Sejak sekolah rendah sampai ke menengah, memang ada yang mengejek, malah panggil saya dengan gelaran bisu kerana keadaan emak dan ayah.
“Tapi walau apa pun, saya tak pernah malu ada emak dan ayah begitu, malah bersyukur masih ada ibu bapa di dunia ini.
“Saya mungkin tak dapat dengar suara mereka… tapi tetap kena bebel dalam bahasa isyarat jika buat salah kerana emak dan ayah tegas dalam mendidik, malah sangat tekankan soal adab,” katanya.
Artikel lain: Remaja guna bahasa isyarat, jadi pengantara ibu bapa dengar ceramah Ustaz Abdul Somad
Belajar bahasa isyarat sejak kecil
Kongsi Muhammad Nabil, dia belajar bahasa isyarat dengan ibu bapanya ketika berusia tiga tahun dan sudah mahir menggunakan ia pada usia enam tahun.
Bahasa isyarat tersebut digunakan sebagai medium berinteraksi dengan ibu bapanya sehingga kini.
“Kiranya, saya sudah terbiasa kerana didedahkan dengan penggunaan bahasa isyarat sejak kecil, jadi tiada masalah nak berkomunikasi dengan emak dan ayah.
“Emak dan ayah boleh membaca, jadi kalau saya atau kakak tiada, mereka akan guna bahasa isyarat mudah atau tulis perkataan pada telefon bimbit untuk berinteraksi dengan orang lain.
“Jika saya atau kakak ada bersama, memang kami akan bantu jadi penterjemah kerana ada segelintir tak tahu emak dan ayah OKU memandangkan fizikal mereka seperti orang normal,”ujar remaja berusia 17 tahun itu.
Pada masa sama, Nabil tidak menyangka video dia berinteraksi serta menjadi penterjemah kepada ibu, NoorulHuda Abd Rahman, 44, dan bapa, Mohd Nazrol Dollah, 45, yang merupakan orang kurang upaya (OKU) pekak serta bisu mendapat perhatian ramai.
Jelas Nabil, video mereka sekeluarga menghadiri program sambutan Maal Hijrah yang turut dihadiri Ustaz Abdul Somad dirakam oleh kakaknya, NurAshikin, 21, dan dimuat naik di platform TikTok
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source