Bagaimana Goodreads Menghubungkan Ulat-Ulat Buku Di Seluruh Dunia?
Ada yang menyebut ia umpama sebuah kedai kopi digital yang menjadi tempat ramai orang bersembang mengenai buku. Ini adalah kisah Goodreads dan bagaimana laman web ini menghubungkan ramai pencinta buku dari seluruh dunia.
Goodreads ialah sebuah laman web reviu buku yang telah dilancarkan pada Januari 2007, sebelum ia dibeli oleh Amazon pada 2013. Ia menjadi tempat bagi para pembaca serta buku-buku yang disyorkan, dengan matlamat untuk membantu orang mencari dan berkongsi buku yang mereka gemari.
Bagaimana Goodreads ini bermula?
Pengasasnya, Otis Chandler adalah seseorang yang pernah bekerja dalam bahagian teknikal bagi sebuah aplikasi janji temu. Dia yang sudah bosan menguruskan pelbagai gambar pasangan, akhirnya menggunakan kemahiran yang dia ada untuk sesuatu yang lebih bermakna, iaitu buku.
Apa yang difikirkan oleh Chandler ketika itu adalah, “Bagaimana jika saya buat rakan-rakan saya meletakkan rak buku mereka secara dalam talian dan beritahu apa yang mereka fikir tentangnya? Itu akan jadi satu cara yang sangat baik untuk mencari buku-buku yang bagus.”
Bersama-sama dengan isterinya, Elizabeth Khuri, pasangan ini akhirnya membangunkan Goodreads. Elizabeth menguruskan bahagian pemasaran dan penjenamaan manakala Chandler pula mengendalikan aspek teknikal yang lain.
Goodreads bermula pada tahun 2007 dan mencapai kemuncak kegemilangannya pada sekitar 2011. Waktu itu peminat novel remaja tumbuh bagaikan cendawan dan ramai mengikuti Goodreads untuk mendapatkan maklumat terkini tentang buku yang mereka cari. Sebelum wujudnya Goodreads, kebanyakan maklumat buku diperoleh daripada blog buku, tetapi hanya pada niche tertentu seperti genre seram, romantik dan sebagainya.
Usaha yang dibuat oleh Chandler bersama isterinya ni sebenarnya telah berjaya menghimpunkan kesemua laman-laman web kecil serta blog berasaskan buku dalam satu saluran tersendiri. Ia memang bertujuan untuk memberi kemudahan kepada para pembaca melihat dan menilai sendiri buku yang mereka mahu, dan apa pendapat orang lain mengenai buku berkenaan.
Goodreads menjadi popular bukan hanya kerana reviu buku, tetapi juga pelbagai ciri lain yang terdapat dalam laman web ini. Kita boleh menggunakannya untuk menjejak berapa buah buku yang belum dibaca, mengadakan cabaran membaca, menyertai kelab buku malah boleh berinteraksi dengan penulis buku sendiri dengan bertanya soalan kepada mereka. Malah, Goodreads turut menawarkan pilihan keseluruhan e-buku dan petikan e-buku secara percuma buat penggunanya.
Oleh: Farahi Kamaruddin
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source