“Kau lebih percaya bomoh berbanding tuhan? Ya Allah teruknya!”
Usahawan kontroversi yang kini menetap di Australia, Sajat luah rasa tidak puas hati apabila tertuduh dalam kes Zulfarhan Osman Zulkarnain lebih percaya bomoh yang mendakwa mangsa mencuri laptop.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, kelihatan Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad bin Kamaruz Zaman membuat siaran langsung bersama pengikutnya di aplikasi tersebut sambil mengulas kes arwah Zulfarhan.
Lebih percaya bomoh
@hykharl
Artikel lain: “Kita hanya mampu berusaha, Allah penentu segalanya” – Penulis surat layang kes Zulfarhan
Bukan itu sahaja, usahawan yang berusia 39 tahun itu turut menyeru pihak Jabatan Agama Islam (JAIS) mengambil tindakan sewajarnya terhadap bomoh tersebut yang didakwa menggunakan ilmu khurafat.
“Kau lebih percaya bomoh berbanding tuhan? Ya Allah teruk!
“Ini tak ada pulak JAIS nak tangkap bomoh tu, khurafat! Sampai nak membunuh orang.
“Pergi lah JAIS, mana sifat keislaman kau tu..pergi tangkap je bomoh tu senang masuk dalam mahkamah Shariah pula. Jangan dibiarkan.
“Pergilah masuk dalam mahkamah Shariah pula sebab menggunakan akta-akta khurafat yang tidak terkandung dalam al-Quran,” tegasnya.
Lebih percaya bomoh
Ramai setuju dengan Sajat
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan Sajat JAIS perlu menjalankan tanggungjawabnya dalam mengenakan hukuman sewajarnya terhadap bomoh tersebut yang menjadi antara penyebab arwah Zulfarhan dibuli dengan kejam.
Netizen kata negara tiada akta untuk ilmu hitam
Terdahulu, Zulfarhan telah dipukul beramai-ramai oleh 20 hingga 30 orang pelajar menggunakan objek seperti seterika wap, tali pinggang, getah paip dan penyangkut baju selepas bomoh memberitahu arwah disyaki mencuri sebuah laptop yang hilang di UPNM.
Akibat perbuatan kejam tersebut, Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) kerana didapati membunuh Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain, tujuh tahun lalu.
Mereka yang berusia 28 tahun ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal; Muhammad Azamuddin Mad Sofi; Muhammad Najib Mohd Razi; Muhammad Afif Najmudin Azahat; Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.
Sumber: TikTok @hykharl
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source