Kenapa Jed Begitu Berharga Dalam Budaya Cina?
Ada satu peribahasa Cina yang menyebut, “Seorang lelaki budiman tidak akan memakai jed di badannya tanpa sebarang sebab.” Jed, yang sentiasa dekat dalam budaya Cina adalah salah satu jenis permata yang tertua di dunia. Jed, yang dipanggil 玉 (yù) dalam bahasa Cina, memainkan peranan penting dalam aspek kehidupan masyarakat Cina.
Jed ini telah menjadi sebahagian daripada tamadun Cina sejak beribu-ribu tahun dahulu. Jed Cina yang terawal adalah dari zaman Neolitik, di Wilayah Zhejiang. Bukti arkeologi jed ini dapat dilihat pada peralatan, perhiasan, perkakas dan banyak barangan yang lain. Malah, ada juga alat muzik purba yang diperbuat daripada jed seperti yuxiao (sejenis seruling), dan peranggu loceng.
Suatu ketika dahulu, warna jed yang cantik menjadikannya permata yang misteri bagi orang Cina, malah, ada barangan jed yang turut dikebumikan bersama orang mati. Ini dilihat daripada ritual pengebumian mayat Liu Sheng, seorang putera negara Zhongshan (Dinasti Han Barat) yang meninggal dunia sekitar 113 SM. Dia dikebumikan dalam sut jed yang terdiri daripada 2,498 keping jed yang dijahit bersama dengan benang emas.
Bagi masyarakat Cina, jed ini bukan sahaja dikagumi kerana keindahan estetiknya, tetapi juga peranan dan fungsinya dalam nilai-nilai sosial. Dalam Li Ji (Book of Rites), Confucius ada menyatakan bahawa terdapat 11 De, atau kebaikan, yang diwakili dalam jed, iaitu kebajikan, keadilan, kewajaran, kebenaran, kredibiliti, muzik, kesetiaan, syurga, bumi, moral, dan kecerdasan.
Jed dihargai melebihi bukanlah kerana nilai kebendaan semata-mata, tetapi lebih kerana ia melambangkan kecantikan, keanggunan, dan kesucian. Seperti kata pepatah Cina: “emas mempunyai nilai; jed tidak ternilai.”
Disebabkan jed ini adalah simbolik kepada banyak nilai kebaikan, perkataan untuk jed (“yu”) dimasukkan ke dalam banyak simpulan bahasa dan peribahasa Cina untuk menunjukkan perkara atau orang yang cantik.
Sebagai contoh, 冰清玉洁 (bingqing yujie), yang secara langsung diterjemahkan kepada “jernih seperti ais dan bersih seperti jed” adalah pepatah Cina yang bermaksud seseorang itu suci dan mulia. 亭亭玉立 (tingting yuli) pula adalah frasa yang digunakan untuk menggambarkan sesuatu atau seseorang yang adil, langsing, dan anggun. Selain itu, 玉女 (yùnǚ), yang bermaksud wanita jed, adalah istilah untuk wanita atau gadis cantik.
Malah, perkataan Cina untuk “jed”, (玉,yù) ini mempunyai persamaan dengan perkataan untuk “maharaja” (王, wáng). Dengan menambahkan satu garisan kecil di bahagian bawah sebelah kanan, perkataan Cina “jed” juga boleh bermaksud “batu maharaja”.
Semasa pemerintahan Maharaja Qianlong (乾隆帝, qián lóng dì) dalam Dinasti Qing, baginda sangat obses dengan jed dan telah membina koleksi artifak jed yang paling luas semasa pemerintahannya. Dia pernah menghabiskan masa berjam-jam merenung artifak jednya di Perbendaharaan Diraja dan telah mengarang lebih 800 puisi dan lagu tentang jed.
Sehingga ke hari ini, jed masih lagi menjadi kepentingan dalam masyarakat Cina. Malah, ada sebuah pasar jed yang dibuka di Wilayah Hunan, yang menempatkan berpuluh-puluh jenis jed dari seluruh negara.
Oleh: Farahi Kamaruddin
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source