Kerap kongsi video ‘nakal’, Nonny Nadirah malas peduli komen negatif
Penyanyi dan pelakon, Nonny Nadirah malas peduli komen negatif daripada netizen walaupun dia kerap berkongsi video ‘nakal’ sejak kebelakangan ini di media sosial.
Menerusi laporan dari Berita Harian, selebriti terbabit menyatakan yang dia media sosial adalah tempat dirinya berkongsi apa yang disukai olehnya.
Nonny Nadirah malas peduli, buat apa yang disuka sahaja
Jadi, buat mereka yang tidak suka, boleh saja mengabaikan hantaran yang dibuat kerana menjadi pengikutnya perlulah berfikiran terbuka.
“Saya bukannya memberontak atau nak protes apa-apa. Bukan juga didorong perasaan sunyi.
“Bagi saya, media sosial adalah ruang berkongsi apa sahaja. Terpulang kepada setiap individu.
“Kalau suka boleh teruskan tengok, tak suka boleh ‘scroll’. Kalau nak jadi pengikut laman sosial saya kena berfikiran terbuka. Tak perlu nak hakimi saya,” katanya.
Nonny Nadirah malas peduli komen negatif, dilabel kaki viral
Ujar Nonny lagi, dia sudah penat melayan kerenah netizen yang tidak sudah-sudah menganggap dirinya sempurna dan ketika ini hanya mahu menjadi dirinya sendiri.
“Sebelum ini, saya ada juga kongsi perkara positif. Sebagai artis dan dianggap idola, sudah tahu saya mahu menjadi contoh yang baik.
“Namun, masih juga kedengaran cakap-cakap belakang yang mempersoalkan niat baik saya.
“Mereka juga anggap saya mengalami depresi disebabkan entri yang saya muat naik dan melabel saya ‘kaki viral’.
“Ada nampak saya murung ke selama ini? Jadi, lantaklah apa yang netizen nak cakap. Saya malas nak ambil peduli,” tegas artis kelahiran Sabah ini.
Artikel lain: Niezam Zaidi terkejut dengan bekas kekasih, sifatkan Nonny Nadirah wanita baik & suka bersedekah
Nonny Nadirah malas peduli komen negatif, tiada rakan rapat
Dalam pada itu, pemilik nama sebenar, Nonny Nadirah binti Zainuddin dia tiada kawan rapat dalam industri seni ketika ini selepas menghadapi pengalaman disihir sehingga kehidupannya porak peranda.
Ujarnya, dia kini lebih berhati-hati dalam berkawan dan apa yang sudah berlaku menjadi pengajaran dalam kehidupan supaya tidak terjadi lagi seperti sebelum ini.
“Saya memang tiada kawan rapat dalam bidang seni. Kalau berkawan pun bila babitkan kerja, selebihnya saya suka menyendiri.
“Saya pernah berdepan dengan manusia mempunyai sifat hasad dengki. Sekarang, saya dalam peringkat kecilkan kelompok sekeliling saya.
“Kena pilih betul-betul dengan siapa saya perlu berkawan supaya pisang tidak berbuah dua kali,” ungkap Nonny.
Terdahulu, beberapa hantaran di media sosial Nonny Nadirah telah mengejutkan ramai apabila beraksi agak ghairah dengan menampakkan sebahagian badannya.
Terbaru, dia telah berkongsi video sewaktu bermain buih sabun sewaktu sedang mandi tanpa menyertakan sebarang kapsyen.
Selebriti berkenaan juga mengakui sudah empat tahun tidak disentuh selepas berpisah dengan bekas suami, Mustain Adnan pada 2019 setelah sembilan tahun menjalinkan cinta.
Dia juga pernah digosipkan dengan pelakon, Niezam Zaidi sebelum hubungan mereka terputus dan Nonny menghilangkan diri dari industri seni untuk beberapa tahun.
Sumber: Berita Harian (Farihad Shalla Mahmud)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source