Tip Harumkan Ruang Dapur Guna Limau Nipis, Ini Caranya
Salah satu cara untuk mendapat anak berjiwa besar adalah dengan mengawal pemakanannya. Justeru ibu bapa perlu tahu makanan yang banyak khasiat untuk anak misalnya sayur. Mendidik anak menyukai sayur memerlukan teknik berkesan.
RASA mendapatkan tip bagi ibu bapa untuk mendidik anak menyukai sayur. Penceramah Pemakanan Dan Gaya Hidup Sihat, Norazizah Ruslan berkongsi tip yang boleh ibu bapa lakukan untuk mencapai matlamat ini.
“Ibu bapa kena tahu, anak akan menyukai sayur apabila mereka kenal dengan sayur tersebut. Memperkenalkan sayur kepada anak memang antara cabaran kepada ibu bapa. Tidak hanya sekadar mengulang kebaikan sayuran tetapi ada langkah-langkah yang boleh dicontohi.”
10 TIP DIDIK ANAK SUKA MAKAN SAYUR
Sayur dimasukkan dalam lauk ayam.
1. Pendedahan sewal usia amat penting. Sebaik sahaja boleh diberi makanan pencerai susu, perkenalkan rasa sayur-sayuran dahulu sebelum makanan lain. Jus dan puri adalah cara yang terbaik dan boleh dicampur dengan susu ibu yang anak sudah terbiasa. Anak yang menyusu ibu lebih mudah menerima rasa sayur sekiranya ibunya juga makan sayur.
2. Beri anak mainan berkonsepkan sayur. Biar mereka kenal nama sayur melalui permainan dan pembacaan. Terdapat rancangan televisyen, video dan di media sosial yang menerapkan konsep sebegini.
3. Biar anak terlibat sama dalam proses mendapatkan sayur. Cara untuk dapatkan sayur adalah menanam sendiri sayur yang hendak dimakan. Ibu bapa juga boleh mulakan dengan projek membuat taugeh atau menanam sayur yang cepat mendapat hasil. Misalnya kangkung, bayam dan tomato. Hasil tanaman boleh dimasak mengikut cita rasa mereka.
4. Selain tanam, ibu bapa perlu bawa anak ke pasar. Tujuannya adalah biar mereka memilih sendiri sayur untuk dimakan. Misalnya mulakan dengan baca buku mengenai lobak merah. Kemudian ajak mereka ke pasar beli lobak merah. Teruskan dengan masak lobak merah itu di dapur dan nikmati sama-sama. Mereka tentu seronok.
5. Untuk menggalakkan anak suka makan sayur, ibu bapa juga haruslah menunjukkan teladan yang baik iaitu ibu bapa juga suka makan sayur. Jadi, makanlah sayur di hadapan mereka. Jadikan sayur termasuklah ulam sebagai satu hidangan wajib ada di atas meja makan.
.
Sayur bening atau sayur air memang digemari oleh kanak-kanak.
6. Pelbagai jenis sayur di rumah. Tidak terhad kepada yang berdaun dan berbuah sahaja. Kenalkan dengan sayur berasaskan ubi dan akar seperti kentang, keledek dan lobak merah. Sayur dalam bentuk batang juga sedap untuk dicuba seperti asparagus dan celery. Sayur daripada keluarga bunga seperti bunga kobis dan brokoli juga mudah menarik selera anak.
7. Teknik memasak juga perlu dipelbagaikan. Tidak terhad kepada sup atau goreng. Sayur boleh dijadikan jus dan dibekukan menjadi aiskrim seperti jus lobak merah yang dicampur dengan susu. Brokoli boleh dijadikan sup berkrim dan dimakan bersama roti. Kentang yang dipanggang bersama daging cencang berserta sos keju juga sedap untuk dicuba. Piza sayur-sayuran yang dibuat sendiri. Mereka pasti suka membantu menabur sayur-sayuran di atas piza itu nanti.
8. Sayur perlu disediakan dengan pelbagai jenis supaya mereka boleh memilih apa yang mereka suka dulu. Hal ini memang memerlukan kesabaran. Banyak cubaan demi cubaan sebelum mereka terbiasa. Contohnya, masak nasi goreng Cina dengan campuran jagung, kiub lobak merah dan kacang pis. Sup telur juga boleh digabungkan hirisan kobis, tomato, brokoli, seleri dan cendawan. Lihat anak suka makan yang mana satu.
9. Hidang sayur dengan gaya menarik. Misalnya dipotong bentuk bunga, bintang atau dicucuk seperti sate. Gunakan pinggan mangkuk yang istimewa untuk masakan berasaskan sayuran.
10. Ada masakan yang mengandungi sayur tersembunyi seperti sandwich, kek lobak merah, kuih talam keladi dan bingka ubi. Hidangan seperti ini juga lebih mudah menarik selera anak untuk makan sayur tanpa sedar.
“Setiap langkah di atas perlu diulang berkali-kali sehingga berjaya. Tekankan kebaikan makan sayur kepada mereka seperti menjadikan mereka lebih sihat, kulit yang lebih mulus, kurang mendapat penyakit dan berjiwa besar. Jangan kedekut dengan pujian jika mereka berjaya menjamah walaupun sedikit. Selamat berjaya!”
Saya Amalkan Makan Sayur Depan Anak Supaya Mereka Ikut
.
RASA dapatkan respon daripada seorang ibu yang gigih mendidik anak-anaknya makan sayur sejak dari kecil. Walaupun perlu kreatif dan sabar mendidik anak menyukai sayur, namun usaha ibu ini berkesan kerana memang anak-anaknya suka makan sayur.
“Cara saya didik anak makan sayur adalah dengan tunjuk contoh teladan pada anak. Saya dan suami akan makan sayur depan anak-anak. Mereka akan perhati apa yang kami buat. MUdah untuk mereka juga suka makan sayur. Anak-anak saya suka brokoli, lobak merah, jagung muda, bayam dan cendawan. Selalunya saya akan masak sup sayur atau sayur goreng. Sejak dari usia bayi lagi saya dah perkenalkan sayur pada mereka. Apabila anak sudah boleh makan, saya akan kisar sayur bersama bubur nasi.”
– Nur Liyana Che Omar, ibu kepada Muhd Hadif (8 tahun), Muhd Aqil (5 tahun) dan Nur Ayesha (3 tahun)
JANGAN LUPA SAKSIKAN RANCANGAN INI
Ibu bapa pasti menginginkan anak-anak yang berjiwa besar. Mempunyai semangat tolong-menolong, akhlak yang baik dan menghormati orang tua. Oleh itu, ibu bapa harus menunjukkan contoh terbaik untuk menjadi ikutan anak-anak. Mereka umpama kain putih, ibu ayah bertanggungjawab untuk mencantikkan hiasannya.
Untuk ketahui lebih lanjut mengenai mendidik anak-anak yang berjiwa besar, jangan lupa saksikan episod ke-8, Pa&Ma Journey Bersama JoviaNina pada 14 Oktober 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source