Industri Dubbing (Alih Suara) Di China: Wira Tidak Didendang
“Saya berterima kasih kepada aktor-aktor yang masih belum bagus dalam berdialog, kerana membantu industri alih suara untuk bertahan lebih lama.” (Jiang Guangtao, artis alih bahasa di China).
Jika anda menonton mana-mana mana-mana drama bersiri, atau drama sejarah yang menguasai televisyen di China, anda mungkin akan sedar yang dialog-dialog yang diucapkan oleh pelakon yang anda tonton telah digantikan dengan suara daripada artis alih suara. Dan hasilnya, bagi yang memahami Mandarin, sebutan ini adalah tepat tanpa sebarang gangguan dialek dan kadangkala ada juga ucapan yang dilontarkan tidak selari dengan gerakan bibir.
Kenapa berlakunya situasi begini dalam industri drama di China?
Drama China selalunya akan dialih bahasa oleh artis alih bahasa yang profesional. Situasi alih bahasa ini berlaku kerana hampir kesemua drama di Tanah Besar ini perlu ditayangkan menggunakan putonghua, iaitu dialek Mandarin yang standard. Namun, bukan semua pelakon di sana boleh berbahasa standard dengan baik, dan kebanyakannya ada loghat masing-masing mengikut wilayah kelahiran mereka. Ini ibaratnya seperti pelakon berasal dari Kelantan yang berlakon drama di Kuala Lumpur.
Jadi, bagi nak selaraskan sebutan Mandarin yang betul sepanjang penghasilan drama ini (post production), maka aktor atau artis alih bahasa inilah yang akan diupah untuk mengalih bahasa suara pelakon ini. Selain daripada nak selaraskan sebutan bahasa, tujuan utama dubbing ini juga kerana sesetengah keadaan penggambaran yang kurang memuaskan yang mengakibatkan kualiti audio yang buruk dan bunyi persekitaran yang memerlukan suntingan selepas penggambaran.
Dan, ada satu lagi sebab kenapa dubbing ini diperlukan dalam drama China, iaitu apabila pihak penapisan drama mendapati ada penukaran yang perlu dilakukan terhadap dialog dalam drama berkenaan yang tidak menepati garis panduan yang ditetapkan. Ini situasi yang berlaku apabila dialog tidak selari dengan gerakan bibir.
Kebiasaannya, seseorang aktor alih suara akan ambil masa lebih kurang sebulan untuk menyelesaikan proses dubbing untuk drama sebanyak 30 atau 40 episod. Jangan tak tahu, sebenarnya, artis alih suara ini juga ada peminatnya sendiri seperti mana aktor yang lain. Tanggungjawab seorang aktor alih bahasa ni boleh dikatakan sama seperti pelakon yang melakonkan babak dalam drama. Aktor alih suara haruslah mampu meluahkan emosi dan menggambarkan watak yang pelbagai. Ramai aktor alih suara ini mempunyai pengalaman lakonan teater juga.
Disebabkan itulah industri dubbing di China sangat besar dan artis alih suara Cina dianggap sebagai “wira tidak didendang” industri hiburan dan sangat dihormati. Mereka boleh menghidupkan drama atau filem dan menjadikannya nyata serta menghiburkan penonton global.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source