Nama Zayn Rayyan Abdul Matiin dipinda jadi Zayn Rayyan Zaim Ikhwan
Ibu kepada kanak-kanak autisme yang ditemui mati, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Mattin telah menerima pengesahan untuk meminda nama anaknya dalam pertuduhan.
Memetik laporan Malaysia Gazette, nama Allahyarham Zayn Rayyan telah dipinda kepada Zayn Rayyan Zaim Ikhwan dan disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Nama dipinda kepada Zayn Rayyan Zaim Ikhwan
Foto: Kosmo!
“Pada 4 Julai lalu, ibu kepada Zayn Rayyan iaitu Ismanira telah menerima pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara beserta sijil lahir yang baharu mengesahkan bahawa nama nama Allahyarham adalah Zayn Rayyan Bin Zaim Ikhwan,” katanya.
Perkara tersebut disampaikan oleh peguam Fahmi Mohd Moin, yang mewakili tertuduh, ketika ditemui selepas sebutan semula kes Zayn Rayyan berlangsung di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat.
JPN Luluskan pindaan nama kepada Zayn Rayyan Zaim Ikhwan
Foto: Astro Awani
Sementara itu, peguam Mahmud Abdul Jumaat kini tidak lagi mewakili ibu bapa Zayn Rayyan atas arahan daripada Ismanira Abdul Manaf sendiri.
Artikel lain: Gambar kecederaan Zayn Rayyan tersebar, dipercayai ketika proses bedah siasat?
Namun begitu, kedua-dua tertuduh akan diwakili oleh Fahmi sendiri dan seorang lagi peguam lain iaitu Ilyani Khuszairy bagi kes ini.
Foto: Malaysia Gazette
“Pihak kami telah menerima arahan daripada Ismanira mengambil alih kes ini di mana saya dan Ilyani akan mewakili kedua-dua tertuduh.
“Saya difahamkan Tetuan Eimir Mahmud.co, iaitu Mahmud tidak lagi mewakili Ismanira kerana telah pun ditamatkan perkhidmatan,” jelasnya.
Foto: Bernama
Selain itu, pada sebutan semula kes ini, pihak pendakwaan memohon mahkamah untuk menetapkan tarikh baharu berikutan pihaknya belum menyerahkan laporan forensik dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
Sehubungan itu, Hakim Dr Syahliza Warnoh telah menetapkan tarikh bagi sebutan baharu pada 18 September ini.
Terdahulu, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanari pada 13 Jun lalu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autisme berusia enam tahun itu pada Disember tahun lalu.
Sumber: Malaysia Gazette (Shawaliah Hadir)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source