Andika Putera akui dah bertunang dengan doktor, guna papan putih bagi penjelasan dakwaan curang
Personaliti media sosial, Andika Putera akui dah bertunang dengan doktor pada 20 Julai lalu dalam sebuah video penjelasan mengenai dakwaan curang yang dilemparkan oleh bekas isteri, Ananda Natasha baru-baru ini.
Menerusi video yang dimuat naik, Andika mengakui kekhilafan yang dilakukannya selepas bercerai.
“20 Julai ini, Alhamdulillah, Allah permudahkan.. yang sebenarnya saya nak bagitahu secara official yang saya sudah bertunang dengan seorang doktor, bekerja di hospital yang saya sembunyikan identitinya dan atas keselamatannya..
“…dan atas privasi keluarga dan bakal mentua saya, InsyaAllah,”katanya.
Andika Putera akui dah bertunang dengan doktor
Andika juga tampil memberi kenyataan berhubung segala dakwaan yang dilemparkan terhadapnya dan mendedahkan dirinya menerima tekanan yang sangat kuat berserta ugutan sehingga tidak dapat mempertahankan diri.
“Assalamualaikum, ramai yang tertunggu atas statement apa yang dika nak keluarkan, dan kenapa dika senyap ? Segala jawapan ada di dalam video ini.
Dika tahu video ini panjang, dika harap tengoklah sehingga habis dan fahamkan kenapa dika diam selama ini, sudah tentu dika tak nak membuka aib siapa-siapa dan dika tahu ini ada dugaan tapi ini sudah lebih untuk mempertahankan diri dika, maruah keluarga, anak dika (Alisya Puteri), syarikat dika (aspires) dan anak-anak murid dika.
Supaya tidak mengeruhkan keadaan lagi, dika minta maaf dari pihak dika & tasya. Dika tidak tahu kemungkinan besar tasha akan post lagi bertujuan memburukkan Dika lagi macam apa yang Dika dah mentioned dalam video, Dika bukan seorang yang keluarkan statement hanya semata-mata untuk menang di media sosial, Dika bukan seorang yang macam tu,”katanya.
Muhammad Andika Putera, 27, berkata, tujuannya memuat naik video penjelasan itu adalah bagi membersihkan namanya daripada segala dakwaan yang telah memberi kesan buruk terhadap dirinya.
Dalam pada itu, dia juga meminta maaf sekali lagi kepada semua orang atas kekhilafan yang telah dilakukan selama ini.
“Ini adalah cara untuk dika clearkan segala sangkaan buruk atau andaian pada Dika tentang isu penceraian dan itu adalah motif utama. Walaubagaimanapun, Dika tidak mengatakan yang Dika seorang yang sempurna.
“Dika ambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada semua orang atas segala kekhilafan Dika selama ini. Dan tentang mulut orang yang kecam Dika, Alhamdulillah seikhlas hati yang mana Dika yakin Allah akan tunjukkan kebenaran, Alhamdulillah, Alhamdulillah Allah mudahkan semua urusan ini. Komen jika anda ada pandangan anda sendiri selepas tengok video ini,”katanya lagi.
@andikaputeraa Assalamualaikum, ramai yang tertunggu atas statement apa yang dika nak keluarkan, dan kenapa dika senyap ? Segala jawapan ada di dalam video ini. Dika tahu video ini panjang, dika harap tengoklah sehingga habis dan fahamkan kenapa dika diam selama ini, sudah tentu dika taknak membuka aib siapa-siapa dan dika tahu ini ada dugaan tapi ini sudah lebih untuk mempertahankan diri dika, maruah keluarga, anak dika (Alisya Puteri), syarikat dika (aspires) dan anak-anak murid dika. Supaya tidak mengeruhkan keadaan lagi, dika minta maaf dari pihak dika & tasya. Dika tidak tahu kemungkinan besar tasha akan post lagi bertujuan memburukkan Dika lagi macam apa yang Dika dah mentioned dalam video, Dika bukan seorang yang keluarkan statement hanya semata-mata untuk menang di social media, Dika bukan seorang yang macam tu. Dika harap, anda semua yang tonton video ini boleh menilai sendiri, 6 bulan Dika sengsara seorang diri, Dika diberi tekanan yang sangat kuat dengan ugutan-ugutan keras sehinggakan Dika tidak dapat membelakan diri atau mempertahankan diri Dika. Ini adalah cara untuk dika clearkan segala sangkaan buruk atau andaian pada Dika tentang isu penceraian dan itu adalah motif utama. Walaubagaimanapun, Dika tidak mengatakan yang Dika seorang yang sempurna, Dika ambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada semua orang atas segala kekhilafan Dika selama ini. Dan tentang mulut orang yang kecam Dika, Alhamdulillah seikhlas hati yang mana Dika yakin Allah akan tunjukkan kebenaran, Alhamdulillah, Alhamdulillah Allah mudahkan semua urusan ini. Komen jika anda ada pandangan anda sendiri selepas tengok video ini.
Artikel lain: Andika Putera tak pernah curang, akui khilaf mesra ketika sampaikan seminar
Terdahulu, Andika mengaku tidak pernah berlaku curang ketika dalam perkahwinan bekas bekas isteri, Ananda Natasha, termasuk dakwaan menjalinkan hubungan dengan pekerja dan isteri orang, sebelum ini.
Jelasnya, dia bercerai dengan bekas isteri atas faktor tiada persefahaman dan tidak sekufu.
Sumber: Instagram Andika Putera
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source