Intan Najuwa pelik dengan diri, mengidam makan & tengok mamak tebar roti canai
Pelakon cantik, Intan Najuwa pelik dengan diri apabila tiba-tiba mengidam makan dan tengok mamak menebar roti canai.
Menerusi perkongsian pemilik nama sebenar, Datin Intan Najuwa Abd. Wahid, 27, dia menceritakan keinginannya yang mahu menikmati roti canai di kedai mamak bagi ‘melayan’ rasa mengidam.
Intan Najuwa pelik dengan diri, nak tengok ‘anney’ tebar roti canai
Namun, apa yang mencuit hati adalah permintaannya terhadap suami di mana dia mahu melihat sendiri ‘anney’ kedai mamak menebar roti canai di hadapannya.
“Semalam I teringin nak makan rot canai tau. Tapi I nak tengok anney tu dia buat depan I. Tebar depan I.
“So my husband pun jem la kepala dia. So, begitulah cerita dia.
“Then kiteorang pergilah kedai mamak yang berdekatan rumah kiteorang,” katanya.
@intannajuwaaa Guys i malas bersiap you cakap boy, i bersiap cakap girl pulaaa 🤦🏻♀️😂 #skintific #mattecushion
Intan Najuwa pelik dengan diri, drama orang mengadung bukan2 je
Intan juga memberitahu pada awalnya suami, Datuk Ahmad Azraf Azman agak terkejut tetapi tetap menuruti kemahuannya.
Dia telah berjumpa dengan penebar roti canai dan menyatakan keinginan isterinya sebelum disetujui oleh ‘anney’ berkenaan.
“Anney isteri I nak makan roti canai tapi dia nak yang baru. Lepas tu dia nak tengok you tebar roti canai tu depan you.
“Anney tu pun, okay boleh! Tapi itulah, drama orang mengandung kita tak sangka kan. Yang bukan-bukan je,” ujarnya tergelak.
Artikel lain: Dituduh tak bayar gaji staf, Intan Najuwa beri 24 jam untuk pemfitnah bersemuka
Ada yang mengidam samapai masuk kampung cari nasi lemak seringgit
Perkongsian yang dibuat oleh pelakon drama Racun Raihana itu telah mendapat perhatian ramai lebih-lebih lagi golongan wanita yang pernah mengandung.
Masing-masing turut bercerita tentang pengalaman sendiri sewaktu hamil apabila turut berhadapan situasi sama dengan Intan dimana mengidam pelbagai perkara yang tidak dijangka.
Tak pernah suka makan di kedai mamak, tapi masa mengandung jadi lain pula
Ada yang tak lalu makan nasi berbulan2
Bercakap masa mengandung memang mengah
Terdahulu, Intan Najuwa telah mengumumkan tentang kehamilannya menerusi satu video apabila memuat naik kondisinya yang sudah terlihat ‘baby bump’.
Difahamkan, kandungan pelakon itu sudahpun memasuki trimester kedua dan dia juga mengakui berat badan sudah naik 5 kilogram serta mengalami mengah apabila mahu bercakap.
Semoga urusan Intan ketika hamil dan melahirkan nanti dipermudah.
Sumber: TikTok intannajuwa
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source