Kisah Hitam di Sebalik Pulau Arnab.
Di bahagian Laut Pedalaman Seto, ada sebuah pulau kecil, yang terletak kira-kira dua batu dari bandar Takehara, Hiroshima. Pulau ini dipanggil Ōkunoshima, namun hari ini, ia sering dipanggil Usagi Jima yang bermaksud Pulau Arnab. Ini kerana, di pulau inilah, ada beratus-ratus ekor arnab menjadi penghuninya dan menjadikan pulau ini sebagai tempat tinggal mereka.
Di Usagi Jima ini, arnab adalah pemerintahnya. Mereka diberi makan, bebas daripada pemangsa dan meluangkan masa melayan manusia yang mahu mengambil gambar mereka. Para pelawat yang mahu ke pulau ini hanya perlu melalui perjalanan feri selama 15 minit dari tanah besar.
Destinasi Pulau Arnab ini telah diiktiraf sebagai sebuah pusat pelancongan kecil kerana populasi arnabnya yang sangat banyak. Namun, tahukah anda bila sebenarnya pulau ini menjadi tempat tinggal arnab ini semua?
Sebenarnya, ia masih menjadi misteri bagaimana arnab-arnab ini boleh berkumpul di pulau kecil yang mengukir sejarah hitam di Jepun. Pulau ini suatu ketika dahulu adalah tempat tentera Jepun menghasilkan beribu-ribu tan gas beracun semasa Perang Dunia Kedua.
Kenapa ia dihasilkan di sini? Kerana pulau ini terpencil dan sangat rahsia sehingga hampir tidak wujud dalam peta mereka. Pelbagai jenis gas beracun, termasuklah gas mustard, fosgen dan beberapa jenis lagi dihasilkan di sini untuk digunakan terhadap askar serta orang awam China sekitar tahun 1930-an dan 40-an sewaktu perang di China. Dianggarkan, gas-gas ini semua telah membunuh hampir 80,000 orang ketika perang.
Ada yang percaya bahawa sejarah hitam tempat penghasilan gas ini ada kaitannya dengan arnab, yang menjadi bahan uji kaji mereka. Sekitar tahun 1929, ketika pihak tentera mula menghasilkan senjata kimia, arnab dibawa ke pulau ini untuk menguji sejauh mana ia berkesan untuk digunakan. Dan, sejak itulah arnab berada di pulau ini.
Namun, ada profesor bahagian politik Jepun yang menyangkal kesahihan kisah ini, kearan menurutnya, kesemua arnab yang menjadi bahan uji kaji telah mati selepas perang berakhir. Dan kira-kira 200 ekor yang menjadi mangsa eksperimen tentera Jepun.
Jadi, dari mana datangnya arnab-arnab ini?
Dikatakan, sekumpulan budak sekolah telah meletakkan lapan ekor arnab di pulau ini pada tahun 1971. Maka, itulah permulaannya, sehinggalah populasi arnab di sini mencecah sehingga 1000 ekor.
Namun, ada satu masalah yang dihadapi apabila para pelawat mula mengunjungi Pulau Arnab ini. Para pelawat yang memberi makanan yang tidak begitu sesuai dengan arnab mengganggu pertumbuhan mereka secara sihat. Malah, jumlah pengunjung yang ramai ketika musim panas (ramai memberi makan arnab) dan pengunjung yang sedikit ketika musim hujan (tiada makanan buat arnab) sedikit sebanyak menjejaskan ekosistem di situ.
Hari ini, semakin ramai yang mengunjungi Pulau Arnab ini dan melakukan banyak aktiviti di situ seperti berbasikal dan melawat Muzium Gas Beracun yang dibina untuk memperingati tapak penghasilan gas itu.
Mungkin, ini boleh menjadi destinasi anda yang seterusnya. Tiba di sebuah pulau kecil, dan disambut dengan sekumpulan arnab yang menanti di pantai, mengalu-alukan kedatangan pengunjung.
Oleh: Farahi Kamaruddin
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source