Beberapa kali jatuh motor, isteri gigih bonceng suami sakit kanser kulit sejauh 50km ke hospital
Beberapa kali jatuh motor, seorang suri rumah tidak pernah patah semangat sebaliknya sanggup menunggang motosikal sejauh 50 kilometer memboncang suami yang menghidap kanser kulit ke Hospital Tanah Merah, Kelantan.
Memetik laporan Harian Metro, Siti Aminah Biru gigih membonceng suami, Mohd Nazir Che Othman, 48, sekurang-kurangnya tiga kali sebulan bagi mendapatkan rawatan.
Meskipun di bawah terik panas matahari atau hujan, Siti Aminah tetap gigih selain turut membawa anak bongsu mereka yang berusia tiga tahun.
Beberapa kali jatuh motor
Menurut Siti Aminah, suaminya juga tidak mampu untuk berdiri lama memandangkan keadaan penyakit yang semakin teruk dengan rasa sakit pada setiap masa.
“Perjalanan dengan motosikal melalui laluan berbukit dan jalan tidak berturap menyebabkan kadang-kadang suami terpaksa turun dari motosikal yang usang dan berjalan.
“Saya beberapa kali terjatuh daripada motosikal kerana jalan yang agak sukar untuk dilalui selain licin terutama sewaktu hujan,”katanya.
Artikel lain: MCPF tak setuju dengan SUHAKAM, hukuman buat tertuduh kes Zulfarhan setimpal
Siti Aminah berkata, suaminya menghidap kanser kulit sejak dua tahun lalu.
Namun, keadaan semakin teruk dan setiap masa berada dalam kesakitan kerana kulit mula bernanah di seluruh badan.
Ada masa perlu catu makanan
Ibu kepada tiga cahaya mata berusia tiga hingga 11 tahun itu berkata, keluarganya menerima bantuan bulanan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) sebanyak RM800 sebulan.
Bagaimanapun, ia masih tidak mencukupi kerana suaminya hilang punca pendapatan.
“Setiap bulan kami perlu menyediakan RM300 khusus untuk ubat-ubatan berbayar selain yang diterima daripada hospital kerajaan. Anak-anak pula masih bersekolah, jadi kos yang perlu ditanggung setiap hari agak tinggi.
“Ada masanya saya perlu mencatu makanan serta membeli ikan yang paling murah di pasar supaya keluarga dapat mengisi perut pada setiap hari. Selain itu, saya juga turut menjaga ibu yang mempunyai sakit mental.
“Saya reda dengan ujian ini dan berjanji akan menjaga suami dengan sebaiknya kerana banyak jasanya sebelum ini dalam menjaga saya dan anak-anak,” katanya lagi.
Dia berkata demikian ketika ditemui di kediamannya selepas dikunjungi wakil Thirdforce di bawah Yayasan Raja Shamri (YRS), Tuan Zaimah Raja Omar, di Kampung Batang Bergedik, Gual Ipoh di sini, hari ini.
Apa pun, diharapkan agar urusan suami Siti Aminah dipermudahkan dan diberi keajaiban untuk sembuh daripada penyakit kanser kulit.
Sumber: Harian Metro (Syaherah Mustafa)
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source