Guzheng: ‘Piano’ Tradisional Warisan Budaya Cina.
Sejarahnya dikatakan sudah bermula sebelum Masehi lagi. Malah, yang tertua ditemui bertarikh 598 tahun SM, di daerah Guìxī, wilayah Jiāngxī (江西) di Selatan China pada tahun 1979. Ini cerita tentang guzheng, iaitu sejenis instrumen tradisional Cina yang menjadi semakin popular dalam kalangan anak muda di China.
Dalam seni muzik, guzheng ini boleh dikategorikan sebagai salah satu instrumen ziter (alat muzik kardofon), sama seperti geomungo yang menjadi warisan Korea. Perkataan ‘guzheng’ itu sendiri berasal daripada dua karakter, iaitu ‘gu’ yang bermaksud purba atau kuno dan ‘zheng’ yang merujuk kepada alat muzik jenis ziter.
Daripada catatan sejarah, guzheng ini mula popular semasa Zaman Musim Bunga dan Musim Gugur, iaitu ketika era politik Dinasti Zhou (770-476 SM). Guzheng menjadi permainan utama di istana dan masyarakat ketika itu. Pada era Dinasti Tang, guzheng telah menjadi alat muzik bertali yang paling popular dalam kalangan rakyat.
Semasa Dinasti Yuan (1279-1368), persembahan duet guzheng muncul. Dengan konsep bermain bersama dalam satu acara, dua pemain menjadikan persembahan mereka lebih ekspresif dan menyentuh melalui interaksi muzik mereka.
Guzheng ini sebenarnya ada banyak jenis. Jenis yang biasa mempunya 21 tali, iaitu terdiri daripada bahagian bod depan, bod belakang, bod sisi, ‘kepala’, ‘ekor’, ‘jambatan’ dan talinya. Kesemua bahagian ini biasanya diperbuat daripada kayu berasingan yang berkualiti agar bunyi yang dikeluarkan tidak sumbang.
Bermula pada abad ke-21, instrumen guzheng menjadi semakin popular di China. Penambahbaikan sistem pendidikan muzik juga membolehkan banyak impian muzik kanak-kanak menjadi kenyataan, yang menggalakkan mereka untuk mempelajari muzik tradisional selepas tamat pengajian.
Pemain guzheng Cina abad ke-21 yang terkenal termasuk Xiang Sihua, Wang Zhongshan, Chang Jing, Jing Xia, dan Funa. Walaupun kebanyakan muzik guzheng ialah muzik klasik Cina, komposer Amerika Lou Harrison pernah bermain dan menulis lagu menggunakan instrumen ini.
Muzik yang dikeluarkan melalui guzheng sering dibandingkan seumpama air yang mengalir, yang penuh dengan ciri elegan dan bertenaga. Ia adalah muzik yang digunakan untuk membangkitkan rasa kesopanan dan ketenangan. Meskipun muzik guzheng tidak begitu dikenali di Barat, namun ia guzheng menjadi instrumen tersendiri, kekal dalam kelasnya sebagai ‘piano’ Asia.
Oleh: Farahi Kamaruddin
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source