Tak pernah sampai Penang, beg pula tertukar di stesen bas, kisah pelajar baharu buat ramai terharu!
Tular di media sosial kisah pelajar baharu berbangsa Cina yang perlu mendaftar di sebuah politeknik di Penang namun terpaksa mengharungi pelbagai cabaran sehingga membuatkan orang ramai terharu,
Menerusi satu hantaran di Facebook, Zaidil Adha telah memuat naik kisah pelajar yang bernama Lim ZY yang terpaksa datang ke Politeknik Balik Pulau (PBU) dari Batu Pahat tanpa ditemani ibu atau bapanya.
Kisah pelajar baharu buat ramai terharu
Zaidil yang merupakan Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) PBU menerima panggilan telefon daripada bapa kepada Lim yang berkata anaknya itu terpaksa datang awal sehari ke politeknik.
Pertama kali datang Penang, kisah pelajar baharu buat ramai terharu
“Pada petang Jumaat, seorang bapa menghubungi pejabat saya dengan nada cemas. Dia memberitahu bahawa tiket bas dari Batu Pahat ke Pulau Pinang untuk 27/7/2024 sudah habis.
“Pendaftaran pelajar baharu PBU pula dijadualkan 28/7/2024, Ahad. Dalam keadaan terdesak, dia membeli tiket pada 26/7/2024 untuk Lim. Bapa tersebut dengan rendah hati memohon agar Lim dibenarkan masuk asrama lebih awal,” katanya.
Tambahnya, bapa kepada Lim kurang berkemampuan, jadi dia terpaksa menghantar anaknya untuk mendaftar sendiri disamping meminta Zaidil menjelaskan kepadanya cara untuk ke PBU.
“Saya cadangkan supaya Lim naik Grab kerana lebih mudah, namun bapa tersebut kata dia tak cukup duit. Lim terpaksa naik bas Rapid Penang, berjalan kaki 20 minit dari perhentian bas terdekat ke PBU,” jelasnya.
Disebabkan itu, Zaidil meluahkan rasa kagumnya terhadap Lim kerana walaupun tidak pernah datang ke Pulau Pinang atau menaiki bas ekpres, pelajar itu tetap berani melakukannya sendirian.
Dalam pada itu, Zaidil juga telah meminta kebenaran daripada ketua jabatan untuk memasukkan Lim dengan lebih awal disamping meminta bantuan mengambil kunci asrama untuk pelajar itu.
Artikel lain: Bekas perunding Quantum Metal mohon maaf, jawatan dilucut selepas minta duit tertunggak
Keesokan harinya, Zaidil merancang untuk menjemput Lim di perhentian bas supaya dia tidak perlu berjalan kaki namun pelajar itu dalam perjalanan menuju ke PBU dengan menaiki Grab.
Lim kemudian memaklumkan dia sudah berada di hadapan perpustakaan PBU dan Zaidil bergegas ke lokasi tersebut untuk bertemu dengannya.
Kisah pelajar baharu dibantu pegawai HEP
Sebaik bertemu, Zaidil mempelawa Lim untuk bersarapan namun pelajar itu menolak dengan sopan dan bertanya di mana dia boleh membeli barang keperluan di asrama.
Zaidil kemudian menawarkan diri untuk membawa Lim ke kedai berdekatan dan meminta pelajar itu untuk menukar pakaiannya terlebih dahulu di dalam tandas perpustakaan.
Namun begitu, dugaan Lim tidak terhenti di situ sahaja kerana tidak lama selepas masuk ke dalam tandas, pelajar itu keluar dengan menahan tangis.
“Lim membawa beg ke tandas perpustakaan untuk menukar pakaian sementara saya menunggunya di luar. Tiba-tiba, dia keluar dengan muka merah, mata berair dan tangan terketar-ketar,” katanya.
Rupa-rupanya, Lim telah tersalah mengambil beg ketika dia turun di perhentian bas namun Zaidil tidak sanggup membiarkan pelajar itu dalam kesulitan dan dia sekali lagi menawarkan diri untuk membantunya.
Sebaik sahaja berjaya mendapatkan beg Lim semula, mereka bergerak pulang ke PBU namun singgah sebentar di pasaraya untuk membeli barang keperluan Lim.
Kisah pelajar baharu pertama kali datang Penang
“Setiap kali mengambil barang, Lim akan mengira di kalkulator telefon bimbitnya untuk memastikan dia tidak melebihi bajet.
“Di kaunter bayaran, saya bayarkan semua barang yang dibelinya. Lim tunduk-tunduk seperti orang Jepun mengucapkan terima kasih,” ujarnya.
Sebaik tiba di PBU, Zaidil menghantar Lim ke biliknya dan tidak lama kemudian, beberapa ahli jawatankuasa berbangsa Cina datang membantu dan menyapa pelajar itu.
Kisah pelajar baharu dapat perhatian ramai
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya terharu dengan kisah tersebut dan mendoakan Zaidil dan Lim untuk berjaya dalam kehidupan mereka.
Semoga dua-dua insan hebat ini berjaya
Semoga diberkati dan jadi pelajar cemerlang
Kisah pelajar baharu buat ramai bangga, terbaik!
Terharunya, nampak pelajar tu sangat bersemangat. Terima kasih juga untuk pegawai HEP tu sebab sanggup luangkan masa bantu pelajar ni.
Sumber: Facebook Zaidil Adha
Desain Rumah Kabin
Rumah Kabin Kontena
Harga Rumah Kabin
Kos Rumah Kontena
Rumah Kabin 2 Tingkat
Rumah Kabin Panas
Rumah Kabin Murah
Sewa Rumah Kabin
Heavy Duty Cabin
Light Duty Cabin
Source